Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur?

Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur

Pelakon kelahiran Singapura, Sofia Dendroff menyifatkan segelintir netizen Malaysia kreatif apabila memanggilnya dengan gelaran ‘Sofia Kelemumur’ sebagai sebutan nama bapanya.

Sofia, 32, ditemui ketika hadir pada sesi fotografi drama Aku Hanim di Studio NSTP, Balai Berita baru-baru ini, berkata, dia tidak menyangka akan digelar dengan panggilan itu dan cuba menerimanya secara positif.



“Tak sangka juga mereka (netizen) panggil saya ‘Sofia Kelemumur’ kerana sebutan nama bapa walaupun tidak betul sebenarnya. Tapi, itulah netizen di media sosial dan saya harus terima selagi ia tidak melampaui batas.

“Saya pun masih baru nak membina karier lakonan di negara ini. Alhamdulillah, saya semakin mendapat peluang itu (berlakon) dan rasa berbaloi juga buat keputusan berhijrah ke Malaysia,” katanya kepada Harian Metro

Ditanya juga komennya berkaitan pengakuan pelakon Andy Teh, 38, yang mengakui dia memiliki ciri-ciri wanita idaman, Sofia berkata dia terkejut dengan kenyataan disiarkan di media, baru-baru ini.



“Saya dan Andy, tak dinafikan kami berhubungan baik dan rapat sebagai rakan sesama pelakon. Dia juga banyak tolong saya di dalam drama Aku Hanim yang berkisar pada sukan tinju ini.

“Apapun, saya memang tak sangka dia keluarkan kenyataan begitu. Saya menghormatinya, tapi buat masa sekarang tumpuan saya adalah memantapkan karier lakonan dulu,” katanya.

Sofia berkata, masih banyak yang perlu dilakukannya untuk karier lakonan yang sangat diminati ini sebelum memikirkan untuk bercinta, seterusnya mendirikan rumah tangga.

Katanya, dia bagaimanapun tidak menolak jodoh, namun bukan dalam waktu sekarang kerana dia ingin pastikan berjaya dalam mengejar impian terhadap karier seni.



Menerusi drama Aku Hanim yang diarahkan Uzair Haqimy dan terbitan JS Pictures itu, ia turut membariskan pelakon seperti Elisya Sandha, Jaz Khan, Norreen Iman, Syaidatul Afifah, Adli Golden Boy dan ramai lagi. HM

Sofia Dendroff atau Sofia Kelemumur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker