Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
Finalis America’s Got Talent (AGT) musim ke-18 kelahiran Indonesia, Putri Ariani kembali memukau juri menerusi lagu I Still Haven’t Found What I’m Looking For yang disampaikannya pada peringkat separuh akhir, Selasa lalu.
Persembahan mantap Putri atau nama sebenarnya, Ariani Nisma Putri, 17, itu mendapat ‘standing ovation’ daripada empat juri, Simon Cowell, Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel serta penonton yang hadir menyaksikan acara yang berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat.
Sama seperti ketika membuat persembahan saringan, Putri yang mengalami kecacatan penglihatan tampil menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan band dari Ireland, U2, sambil memetik piano.
Sebaik sahaja Putri selesai membuat persembahan Cowell tampil memberi pujian, sambil menyifatkan vokal dimilikinya sangat merdu.
“Saya seakan kehilangan kata-kata. Anda mempunyai vokal sangat indah, versi merdu. Jujurnya, momen seperti inilah punca mengapa saya masih melakukan pekerjaan ini.
“Untuk saat seperti ini, hakikatnya ia sangat indah,” ungkap Cowell.
Dalam pada itu, Cowell turut merakamkan penghargaan kepada anggota U2 iaitu vokalisnya, Bono, The Edge, Adam Clayton dan Larry Mullen kerana mengizinkan Putri membawakan lagu pada pertandingan itu.
“Mereka menyaksikan uji bakat Putri dan tahu bagaimana pertandingan ini memberi makna yang cukup besar buatnya,” ujarnya.
Sementara itu, salah seorang juri, Vergara turut mengagumi persembahan ditampilkan gadis kelahiran Bangkinang, Kampar, Riau itu.
“Belum pernah saya dengar nyanyian semerdu ini sepanjang hidup. Satu persembahan cukup mengagumkan dan sempurna,” pujinya.
Turut memuji persembahan Putri adalah Klum. Beliau berharap Bono dapat mendengar nyanyian hebat gadis yang muncul dengan imej berhijab itu.
“Nyanyian anda sangat indah hingga membuatkan saya terfikir mungkin beginilah bunyinya jika bidadari menyanyi. Saya berharap Bono dapat mendengarnya,” katanya.
Terharu pujian diberikan, Putri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk juri dan peminat yang banyak menyokongnya.
“Anda semua sudah mengubah hidup saya,” ungkapnya dalam nada teruja.
Pada sesi uji bakat yang berlangsung Jun lalu, keampuhan vokal dimiliki Putri ketika menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Loneliness berjaya mendorong empat juri menekan ‘Golden Buzzer’ atau Butang Emas. BH
Putri Ariani pukau juri di separuh akhir AGT
Baca Artikel Menarik:
- DNAA Zahid, nak ikut persepsi atau fakta kes?
- Mahathir bersilat dengan pelakon Walid (Video)
- Nga minta Syed Saddiq lebih profesional berkait kes Zahid
- Abang Agong, pakcik Agong
- Umrah Abang Tesla ditaja?
- Remaja hilang ikut teman lelaki ditemui
- Muda dicabar tarik sokongan kalau betul anak jantan
- Pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat cemas di Malaysia
- Adakah rukhsah solat semasa majlis perkahwinan?
- Puteri Sarah nekad teruskan saman
- Kerana saman trafik RM50, wanita hilang RM31,638.85
- Razman tetap kena bayar ganti rugi RM250,000 kepada Guan Eng
- Suami disondol nenek
- Intan Najuwa tak sangka suami hadiahkan ‘Trulala’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar