Suami disondol nenek

Suami disondol nenek

Wanita manakah yang boleh menerima kenyataan apabila bahtera perkahwinan yang dilayari selama 14 tahun musnah sekelip mata angkara orang ketiga.

Lebih memburukkan keadaan, ‘penyondol’ yang sanggup meragut kebahagiaan wanita itu bukanlah gadis jelita yang lebih muda, tetapi seorang warga emas!



Bukan cerita rekaan mahupun drama di kaca televisyen, kejadian itu adalah kenyataan sebenar yang terpaksa dilalui oleh wanita dikenali sebagai Layla.

Difahamkan, hubungan sulit antara suaminya bersama nenek tua itu mula terbongkar setelah Layla menemui satu perbualan mesra di aplikasi Whatsapp milik lelaki itu.

Kecewanya bukan kepalang, Layla kemudian membuat keputusan untuk ‘menyerang’ kekasih suaminya itu dengan ditemani abangnya dan seorang anggota polis.

Tegas menyoal siasat selepas wanita itu berjaya ditemui, Layla hanya mahu mengetahui kenyataan sebenar mengenai status hubungan warga emas tersebut bersama suaminya.



Mulanya enggan mengakui bahawa mereka sebenarnya sedang menjalinkan hubungan, warga emas tersebut akhirnya membuka suara selepas didesak beberapa kali oleh Layla.

Bayangkan, betapa hancurnya hati Layla ketika nenek berkenaan mengakui bahawa mereka sebenarnya sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia selama 16 bulan.

Tular di media sosial, ‘serangan’ Layla itu sempat dirakam sebelum dikongsi semula menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @surabayaselebgram.

“Aku tak redha dunia akhirat dengan apa yang kau buat dekat aku,” kata Layla kepada suaminya yang hanya duduk diam seribu bahasa di samping nenek itu.



Menurut pemilik akaun TikTok berkenaan, penemuan Layla bersama ‘madunya’ itu diadakan di Monumen Bambu Runcing, Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

“Kronologi isteri yang memintas lokasi suaminya menerusi telefon bimbit lalu bertemu di Bambu Runcing.” Tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen video tular tersebut.

Kapsyen itu turut menerangkan bahawa suami Layla terpikat dengan sikap warga emas tersebut yang selalu membuatnya nyaman dan sering membantunya dari segi kewangan.

Mengakui dirinya hairan dengan ‘selera’ aneh bekas suaminya itu, Layla yang memiliki dua orang anak itu sudah boleh menerima kenyataan selepas berpisah dengan lelaki itu.



Suami disondol nenek

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker