Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Dr Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Pengamal perubatan dan juga pempengaruh media sosial, Dr Malar Santhi menulis panjang lebar mengenai percutiannya bersama ahli keluarga ke Pulau Redang menjadi kacau bilau gara-gara sikap ejen yang tidak bertanggungjawab.

Dalam hantaran Facebook tersebut, Dr Malar berkata agensi pelancongan yang diupahnya telah merosakkan jadual dan juga percutiannya ke pulau peranginan berkenaan.



Response lembab sgt. Message tak berbalas berhari hari. Call pun tak angkat. Bila call dari nombor lain, angkat pulak!! Memang syaa hangin habis!! Kita nak bayar kat dia, kita pulak kena kejar dia.

Dia mintak tambah bayar dalam RM400. Skali lagi sy melenting. Apahal nak tambah bayar?? Kan pihak awak dah keluarkan quotation sejak awal??? Katanya sebab tarikh kami pergi tu tarikh peak. Yes itu saya tahu, sejak awal mmg sy book tarikh yang sama. Knp sejak awal tak bgtahu?
Difahamkan, agensi tersebut juga dilaporkan belum membayar wang tempahan yang diberi Dr Malar kepada pihak resort.

Bila sampai kat jeti, orang resort nak jemput kami.. sy diberitahu yang agent tak bayar lagi kat resort. Jadik kami tak blh naik bot. Dgn selamba mamat dari resort tu kata, “tak pe lah.. you all check in lambat”. Memang buat hal betul Q** agency ni !!!

Malah, Dr Malar dan keluarga terpaksa tinggal di bilik resort yang kotor, tandas yang rosak serta tidak diberikan kemudahan seperti TV, air minuman malah terpaksa mengemas sendiri bilik yang tidak terurus itu.



Dia juga tampil menegur kualiti makanan yang disediakan resort berkenaan dan kecewa dengan keseluruhan khidmat pusat peranginan dan agensi pelancongan yang diupahnya.

Next time kita org nak book bilik direct kepada hotel, carik hotel yg best. Pastuh carik private bot untuk water activity, tak yah amek package yang kononnya semua included tapi last last dia orang suruh bayar again and again and again !

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker