Remaja lari rumah ikut teman lelaki dicari polis

Remaja lari rumah ikut teman lelaki dicari polis

JASIN: Seorang remaja perempuan 14 tahun bertindak melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri, sejak Ahad lalu.

Kehilangan Nurwada Asmadi beralamat di Kampung Chohong, Chin Chin di sini disedari ahli keluarga pada pukul 6 pagi.



Difahamkan, remaja yang masih bersekolah itu turut membawa beg, selain meninggalkan sekeping nota memaklumkan mahu keluar rumah untuk menenangkan diri.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pukul 10.32 pagi, semalam.

Katanya, pelajar tingkatan dua itu memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat badan lebih kurang 50 kilogram (kg), kulit sawo matang dan berambut panjang warna hitam melepasi paras bahu.

“Pegawai penyiasat telah menemui pihak pengurusan dan rakan-rakan sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut.



“Siasatan awal dipercayai orang hilang telah keluar rumah mengikut teman lelaki yang berusia belasan tahun tidak bersekolah dan tidak dikenali keluarga remaja terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau 06-5292222 (sambungan 319) atau mana-mana balai polis berhampiran. Utusan

Remaja lari rumah ikut teman lelaki dicari polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker