Bot bawa pelancong karam, satu lemas, lapan selamat

Bot bawa pelancong karam, satu lemas, lapan selamat

SEMPORNA: Seorang pelancong warga asing ditemui lemas apabila bot yang dinaiki bersama sekumpulan lapan rakan lain karam di kawasan perairan Pulau Timba-Timba, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu bot yang membawa kesemua pelancong asing terbabit karam namun punca sebenar kejadian belum dapat diketahui.



Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata pihaknya bagaimanapun hanya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dunia seorang lelaki berusia 38 tahun manakala lapan lagi berjaya diselamatkan.

“Berikutan itu, polis menahan empat lelaki iaitu seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun dan tiga warga asing berumur 26 hingga 40 tahun untuk membantu siasatan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan sementara perintah tahanan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret pagi ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, pagi ini.



Dalam pada itu, Mohd Farhan menasihatkan semua pengusaha pelancongan termasuk pemilik dan pengendali bot supaya mengutamakan aspek keselamatan seperti pemakian jaket serta peralatan kecemasan yang lain. Utusan

Bot bawa pelancong karam, satu lemas, lapan selamat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker