Gajah merajuk dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa

Gajah merajuk dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa

BANGKOK, Thailand – Seekor gajah di wilayah Tak, utara Thailand menikam tuannya menggunakan gading hingga mati selepas ia dijual kepada pemilik baharu, lapor akhbar KhaoSod.

Dalam kejadian di daerah Tha Song Yang, seorang lelaki berusia 57 tahun bernama Pha Phi Du Lerttikhamphon mati akibat kecederaan parah yang dialami selepas diserang gajah jantan bernama Pha Tulu.



Menurut laporan, gajah itu enggan mematuhi arahan Pha Phi Du bagi menghantar haiwan itu kepada pemilik baharunya di wilayah Surin.

Ia sebelum itu dijual pada harga 2,760,000 baht (RM365,600).

Pha Tulu dikatakan mengamuk lalu merodok Pha Phi Du menggunakan gadingnya serta memijak mangsa sehingga mati.

Gajah berkenaan kemudian menjaga mayat tuannya sehingga polis tiba.



Polis terpaksa meminta bantuan Yayasan Pemuliharaan Gajah Chiang Mai dan Unit Penyelamat Yayasan Petchkasem Tha Song Yang bagi mengawal Pha Tulu sebelum membawa keluar mayat Pha Phi Du.

Haiwan itu kemudian ditembak menggunakan ubat pelali dan dibawa ke Surin. K Online

Gajah merajuk dijual rodok tuan guna gading, jaga mayat mangsa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker