Hassan Karim lahir kekecewaan kerana Zahid terlepas

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim melahirkan rasa kecewa apabila presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Ahli parlimen PKR itu melalui sajaknya menyoal bagaimana perkara ini akan memberi kesan terhadap kepercayaan rakyat.

“Kita hari-hari bercakap basmi korupsi, kita berdiri di tahap moral yang tinggi.



“Bebas dari rasuah tegakkan integriti, kita melaungkan slogan reformasi.

“Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang,” soal Hassan.

Zahid telah dikenakan 47 pertuduhan iaitu 12 tuduhan pecah amanah jenayah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berada di peringkat pembelaan selepas mahkamah jenayah memerintahkan Zahid membela diri terhadap pertuduhan pada Januari tahun lepas.



Sequerah telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie (kes yang boleh dijawab) terhadap Zahid.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan hari ini memohon agar Zahid diberikan DNAA, memetik keperluan SPRM untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, antara lain bagi menangani kebimbangan mengenai pendakwaan terpilih.

DNAA akan membenarkan pihak pendakwaan membawa Zahid kembali ke mahkamah semula.

Hassan menulis, “tiada hari yang aku berasa sedih seperti hari ini.”



“Terasa kosong dan sia-sia belaka, perjuangan yang aku anggap mulia selama ini.

“Kini aku persoalkan semula, tetapi inilah yang terjadi,” katanya.

Veteran PKR itu kemudian menyoal apakah isyarat yang cuba dihantar kerajaan kepada dunia.

Dia juga mempersoalkan jika benar semua orang dilayan sama rata di negara ini dan tiada piawaian yang berbeza untuk golongan elit yang berkuasa dan bagi rakyat biasa.



Berikut puisi penuh Hassan:

SAJAK DNAA

Mengapa begini yang terjadi?

Kita hari-hari bercakap Basmi korupsi



Kita berdiri di tahaf moral yang tinggi

Bebas dari rasuah

Tegakkan intergriti

Kita melaungkan slogan reformasi



Tetapi bolehkah rakyat percaya semua ini sekarang?

Prima facie telah terbukti

Tiba-tiba hari ini pertuduhan korupsi digugurkan

DNAA dihadiahkan

Keputusan dilepas tanpa dibebas

diberi begitu begitu mudah saja

Begitu santai santai kelihatannya

Lalu aku bertanya di manakah kedaulatan undang-undang yang ada?

Yang kerap diulang sebut di bulan kemerdekaan ini

Jangan murka bila aku menyoal lagi

Benarkah perlembagaan negaraku ini luhur?

Tiada dua darjat dalam tafsiran hukum?

Satu untuk rakyat jelata

Satu lagi untuk mereka dari elit berkuasa?

Tiada hari yang aku berasa sedih seperti hari ini

Terasa kosong dan sia-sia belaka

perjuangan yang aku anggap mulia selama ini

Kini aku persoalkan semula

Tetapi inilah yang terjadi

Orang yang rasuah dan pecah amanah

Boleh lepas dari hukum

Secara mudah-mudah sahaja

Isyarat apa pemerintah hari ini ingin beritahu kepada dunia?

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?

Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker