Ahirine padam gambar ‘panas’ dengan Aedy Ashraf selepas ditegur
Ahirine padam gambar ‘panas’ dengan Aedy Ashraf selepas ditegur
“Demi menghormati pihak tertentu selain enggan kontroversi membabitkan foto Ahirine dan Aedy berpanjangan, gambar itu sudah diturunkan”.
Itu makluman Prodigee Asia Talent selaku syarikat pengurusan bawah WebTVAsia, susulan ketidakpuasan hati yang diluahkan pelakon Aedy Ashraf berhubung sekeping gambar panas bersama aktres Ahirine Akhiruddin digunakan sebagai strategi promosi filem Tebus,
WebTVAsia dalam satu kenyataan menjelaskan, penyiaran gambar tersebut menerusi Instagram Ahirine sekadar menunjukkan komitmen selaku bintaang utama naskhah arahan Jason Chong itu.
“Sebagai pelakon utama, Ahirine menunjukkan semangat dedikasi dalam menyediakan bahan promosi, termasuk foto ‘behind the scene’ (di belakang tabir) dan video bagi menghargai karya Tebus.
“Gambar bersama kapsyen ‘A little romance won’t hurt Ana & Johan’ itu adalah antara babak belakang tabir antara watak Ana lakonan Ahirine dan Johan (Aedy) selepas melalui banyak halangan dan akhirnya bahagia.
“Kami percaya produksi Tebus juga gembira kerana dapat banyak feedback (maklum balas) dan respons positif,” memetik kenyataan berkenaan.
Foto dimaksudkan telah dikongsikan Ahirine berserta poster filem beberapa hari selepas tayangan khas filem Tebus baru-baru ini.
Pada masa sama, WebTVAsia juga bertegas, aktres berusia 27 tahun itu sentiasa bertindak secara profesional, selain patuh terhadap promosi ditetapkan dalam usaha mengangkat watak Ana untuk lebih menarik minat tontonan khalayak.
Terdahulu, Aedy yang juga hero Tebus meluahkan rasa tidak puas hati apabila sekeping gambar bersama Ahirinine yang disifatkan bukan untuk tujuan publisiti pelakon gandingannya itu tanpa izin daripadanya.
Ahirine juga dilihat sudah memadamkan foto sensasi tersebut sebaik timbul reaksi tidak menyenangkan, termasuk daripada peminat kekasih Amelia Henderson itu.
“Boleh ke ‘post’ macam tu, jaga perasaan Ame (Amelia),” kata seorang netizen.
“Hello Amelia tengok ni,” usik peminat lain.
Tebus terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn Bhd, disiarkan menerusi platform penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS), Prime Video sejak 31 Ogos lalu. K Online
Ahirine padam gambar ‘panas’ dengan Aedy Ashraf selepas ditegur
Baca Artikel Menarik:
- Ahli politik dera pembantu rumah
- Scam apa harga RM5?
- Ayu Puteh jadi lumpuh sementara
- Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar
- Pukul penunggang motor di Cheras, polis lakukan siasatan [VIDEO]
- Makan seafood RM1,102, bayar RM400 keluar lari dari restoren
- Faizal Tahir dedahkan Siti hamba Allah paling baik dan dermawan
- Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri [VIDEO]
- Mufti Kelantan tegur Muhyiddin
- Kakitangan awam maut selepas bertumbuk
- Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta
- Dialah orang politik, dialah mufti
- Muhyiddin tak tahu ke?
- Cukuplah Uqasha – Kamal Adli
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)