Menari dalam kawasan masjid

Menari dalam kawasan masjid

Kaherah: Satu majlis perkahwinan gilang-gemilang, lengkap dengan acara tarian dan nyanyian, yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mohammad Ali di sini baru-baru ini, menerima kecaman daripada ramai pihak.

Gulf News melaporkan pengguna media sosial menyebarkan secara meluas klip video acara yang diadakan di masjid terletak di dalam Istana Salah Al Deen itu.



Rakaman itu memaparkan hadirin menari mengikut alunan DJ, dengan beberapa wanita tampil tanpa bertudung, seolah-olah tidak menghiraukan kesucian agama Islam dan masjid berkenaan.

Tindakan sedemikian di dalam masjid, tempat ibadat yang dihormati, mendapat kritikan keras daripada pengguna media sosial.

Mereka menganggap perbuatan itu tidak sopan dan menekankan bahawa masjid adalah rumah Allah yang ditetapkan untuk ibadat dan bukan untuk tarian atau perayaan tradisi.

Insiden itu membawa kepada gesaan untuk tindakan undang-undang terhadap penganjur acara yang dikatakan melanggar kesucian masjid.



Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Masjid Mohammad Ali berdiri sebagai satu daripada mercu tanda bersejarah pelancongan Mesir yang terkenal.

Reka bentuknya mencerminkan keindahan Masjid Sultan Ahmed di Istanbul yang dibina pada 1616. Ia juga mempunyai persamaan dengan Masjid Khalid bin Al Walid di Homs, Syria, terutamanya dalam keseluruhan struktur, kubah dan menaranya. HM

Menari dalam kawasan masjid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker