Puteri Sarah nekad teruskan saman
Puteri Sarah nekad teruskan saman
Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, nekad meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, dikenali Darvinda Mazwena Mazlan dan tak akan menariknya selepas berbincang dengan bekas suami, Syamsul Yusof, 39.
Puteri Sarah berkata, dia sebenarnya mahu menjalani kehidupan selepas bercerai dengan tenang, namun masih ada ‘pihak sebelah sana’ yang seakan kurang puas hati dan terus bercerita mengenai dirinya, Syamsul dan anak-anak.
“Saya dapat tahu segala info mengenai wanita berkenaan yang masih lagi bercakap pasal saya di media sosial pada hari tempoh edah saya habis dan terus hubungi Syamsul untuk berbincang dengan bukti yang ada.
“Malah, saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi, walaupun hari itu tempoh edah saya tamat. Lagi pula, saya tak kacau awak pun, janganlah kacau saya.
“Jadi, saya berbincanglah dengan Syamsul mengenai isu yang berlaku dan dia nampaknya faham dan menyerahkan kepada saya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Puteri Sarah ditemui pada sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak, Pak Pandir & Labu Ajaib terbitan terbitan JN Studio & Entertainment milik pelakon, Janna Nick di Glass House Seputeh, hari ini.
Puteri Sarah berkata, dia kesal apabila terus dikaitkan dengan bekas suaminya yang sememangnya tiada masalah antara mereka kerana menjaga perhubungan baik demi anak-anak.
“Bila saya tengok apa yang dia (wanita itu) tulis di media sosial itu, bukan saja membabitkan saya tetapi turut menceritakan mengenai keluarga saya, Syamsul dan juga anak-anak.
“Apabila semua bukti itu ada, saya terus tunjuk pada Syamsul dan tanya dia apa nak buat? Kita dah berbaik dan tak ada masalah pun, tetapi orang lain pula ada masalah dengan kita.
“Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya. Jadi, Syamsul kata, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay saja”, katanya.
Puteri Sarah berkata, dia juga menghubungi bekas ibu bapa mentuanya untuk menjelaskan perkara itu dan mereka memberi keizinan untuk dia mengambil apa saja tindakan lanjut.
.”Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik saman semula. Sebelum ini, saya tarik saman sebab dah capai kata persetujuan dengan Syamsul supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing.
“Tetapi bila semuanya selesai, timbul pula isu ini,” katanya memberitahu wanita itu ada menghantar mesej (DM) kepadanya dan mengajak untuk berjumpa, tetapi dia enggan berbuat demikian.
“Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya saja yang uruskan semuanya. Jika kami terus bercakap secara peribadi, saya takut timbul hal yang lain pula”, katanya.
Pada 14:Jun lalu, Puteri Sarah sah bercerai talak satu dengan pengarah, Syamsul Yusof, 39, di Mahkamah Syariah Wliayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam, 6 dam Sumayyah, 4.
Syamsul juga kini bahagia bersama isterinya, Ira Kazar yang juga anak pelakon Kazar Saisi yang dikahwininya pada 6 Januari lalu di negara jiran, Thailand. HM
Puteri Sarah nekad teruskan saman
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah tanding Presiden dalam pemilihan Bersatu?
- PN jangan jual agama kerana nak kerusi – Johari
- Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
- Isteri Opick dihalau dari rumah
- Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
- Menari dalam kawasan masjid
- Khairuddin bidas PAS kini cipta naratif lain
- Pakai abaya, puluhan pelajar diarah balik rumah
- Wan Fayhsal jangan malas membaca
- Bintang Manchester United Antony kaki dera
- UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia
- Hamad Kama Piah jalani pembedahan otak lepas terjatuh
- Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal
- Komen Anwar tentang kes Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin
Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)