Pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat cemas di Malaysia

Pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat cemas di Malaysia

Pesawat membawa 12 rakyat Israel dalam penerbangan dari Dubai ke Singapura melakukan pendaratan luar jangka di Malaysia, pagi semalam.

Memetik laporan Jewish News Syndicate (JNS), pesawat Emirates EK354 terpaksa melakukan penghentian tidak berjadual di Kuala Lumpur susulan “keadaan cuaca buruk”.



“Ketika mendarat di bumi Malaysia, penumpang tidak diarahkan turun dan selepas hampir lima jam menunggu di landasan penerbangan bersambung menuju Singapura,” kata kenyataan Kementerian Luar Israel yang dipetik JNS.

Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Dalam kenyataan, Emirates berkata pihak kesal berhubung ketidakselesaan yang berlaku.

Dalam pada itu, JNS melaporkan pada 29 Ogos, pesawat komersial dari Seychelles ke Tel Aviv, membawa 128 rakyat Israel melakukan pendaratan sama di Jeddah, Arab Saudi, akibat masalah elektrik.



Pengembara bermalam di hotel lapangan terbang di mana mereka dilapor tidak dibenar meninggalkan bilik masing-masing sebelum berlepas menaiki pesawat gantian dan terbang ke Dubai keesokannya.

Israel dan Arab Saudi juga tidak mempunyai hubungan diplomatik. FMT

Pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat cemas di Malaysia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker