Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
Pelakon, Puteri Sarah, menafikan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang selebriti dan usahawan Indonesia, Andi Arsyil.
Ia susulan sekeping gambar yang dimuat naik pelakon tersebut di media sosialnya baru-baru ini yang menimbulkan tanda tanya ramai mengenai identiti misteri lelaki terbabit.
Menurut Sarah, dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Andi namun mengakui bahawa lelaki itu merupakan rakan perniagaannya.
Malah, kata Sarah, merujuk kepada gambar tersebut, dia tidak bertemu berdua-duan dengan Andi tetapi sebaliknya ditemani pengurus dan anak-anaknya semasa berada di Jakarta, Indonesia.
“Saya pergi Jakarta sebab ada penggambaran tapi sekarang ada masalah sikit dan ditundakan, dalam masa yang sama saya buat perniagaan.
“Nama lelaki itu ialah Andi Arsyil dan dia merupakan pelakon Indonesia yang berlakon dalam filem Ketika Cinta Bertasbih . Tetapi sekarang dia juga sedang fokus terhadap perniagaannya.
“Kebetulan kami juga berminat dalam bidang yang sama iaitu perniagaan, produk penjagaan wajah dan tudung dia yang dihasilkan. Saya buka di Malaysia. Kami bekerjasama untuk lebarkan sayap perniagaan di Singapura dan dialah rakan perniagaan saya,”katanya.
Puteri Sarah berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib, di sini, hari ini.
Tambah Sarah lagi, dia selesa berkawan dengan Andi namun hubungan itu tidak lebih dari itu selain mengakui mula mengenali Andi sewaktu kerap ke Jakarta sebelum ini.
“Saya memang selalu ke Jakarta, jadi bila mesyuarat kita akan bertemu dengan ramai orang dan kami bercakap mengenai hal perniagaan.
“Dia juga ada menyatakan hasrat untuk memperkembangkan perniagaan penjagaan wajah di Malaysia dan Singapura, di situlah bermulanya perkenalan kami.”katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada Andi berstatus suami orang mahu pun bujang, Sarah memberi jawapan ringkas.
“Tak akan saya nak kacau orang punya,” selorohnya.
Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah tanding Presiden dalam pemilihan Bersatu?
- PN jangan jual agama kerana nak kerusi – Johari
- Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
- Isteri Opick dihalau dari rumah
- Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
- Menari dalam kawasan masjid
- Khairuddin bidas PAS kini cipta naratif lain
- Pakai abaya, puluhan pelajar diarah balik rumah
- Wan Fayhsal jangan malas membaca
- Bintang Manchester United Antony kaki dera
- UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia
- Hamad Kama Piah jalani pembedahan otak lepas terjatuh
- Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal
- Komen Anwar tentang kes Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin