Adakah rukhsah solat semasa majlis perkahwinan?

Adakah rukhsah solat semasa majlis perkahwinan?

Saya ada soalan, macam mana kita nak menjaga solat semasa walimah? Kebiasaannya, pengantin perempuan akan bersolek semasa walimah.

Jadi, jika hendak solat contohnya solat zuhur ketika majlis, mesti perlu tanggalkan mekap terlebih dahulu untuk berwuduk dan kemungkinan selepas asar akan ada sesi bergambar. Adakah ada rukhsah yang dibenarkan dalam Islam untuk tetap menjaga solat ketika walimah?



JAWAPAN: Sabda Nabi SAW: “Amalan yang pertama yang dihisab (Allah SWT) atas seseorang hamba pada hari kiamat nanti adalah solat. Jika solat seseorang itu baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.” (HR At-Tabrani)

Solat adalah satu ibadat yang menghubungkan hamba dengan Tuhan yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Solat merupakan tiang agama dan Allah mencela orang-orang yang melalaikan dan bermalas-malasan dalam menunaikan solat.

Ia merupakan rukun Islam yang paling utama setelah dua kalimat syahadah. Dalam urusan walimatulurus khususnya kepada pengantin perempuan atau ahli keluarga terlibat dalam majlis ini hendaklah memahami bahawa segala aktiviti dijalankan dalam urusan ini tidaklah termasuk dalam sesuatu urusan bersifat dharurah.



Tiada kesukaran mendesak sehingga wujudnya hukum rukhshah sebagai maslahah (jalan keluar) kerana tidak terdapat padanya masyaqah (kepayahan) terlalu mendesak sehingga boleh menyebabkan kematian atau sebagainya. Walimatulurus tujuannya adalah untuk mengiklankan perkahwinan pasangan pengantin kepada para jiran tetangga dan sanak saudara, di samping mengharapkan doa restu daripada mereka yang hadir sebagai tetamu.

Tidak sewajarnya majlis yang penuh kebaikan ini dicemari dengan perkara mungkar dan maksiat yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Oleh itu, bagi memudahkan urusan dan mengharapkan keberkatan dalam majlis diadakan, ingin kami kongsikan tip bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan atau walimatulurus yang hendak dilaksanakan;

Berwuduklah sebelum ‘make up’. Jagalah wuduk anda sebaik mungkin dan silalah tinggalkan pesanan kepada suami kesayangan anda, supaya aktiviti menyentuh dan disentuh tidak berlaku sehinggalah anda menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT terlebih dahulu. Mulakan majlis pengantin bertemu dengan para tetamu (makan beradab) selepas masuknya waktu zuhur. Kebiasaannya, para sahabat, jiran atau saudara-mara gemar menunggu sehingga majlis tamat.



Mulakan majlis selepas zuhur, anda dan pasangan akan dapat menemui para tetamu selepas menunaikan solat. Perkahwinan yang ‘awesome’ adalah diberkati. Solatlah anda sebelum terlambat. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Apa gunanya cantik, kacak dan majlis yang hebat, tetapi menjadi makhluk angkuh serta sombong kerana tidak mahu sujud kepada Allah. K Online

Adakah rukhsah solat semasa majlis perkahwinan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker