Muda dicabar tarik sokongan kalau betul anak jantan

Muda dicabar tarik sokongan kalau betul anak jantan

Seorang pemimpin Umno mencabar Muda menarik sokongan daripada kerajaan perpaduan jika benar “anak jantan”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata Muda sudah pun “melanggar garis merah” kerjasama dalam blok kerajaan apabila bertanding solo pada PRN enam negeri Ogos lalu.



“Daripada ugut kerajaan hilang majoriti dua pertiga elok Muda kosongkan kerusi.

“Muda tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan atau turun ke jalan raya. Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen,” katanya di Facebook.

Parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu mempunyai satu kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN, masing-masing diwakili presiden dan timbalan presidennya, Amira Aisya Abdul Aziz.

“Bolehkah (Parlimen) Muar dan (DUN) Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? ‘Confirm’ (sudah tentu) tidak berani. Cuma mengugut,” kata Puad.



Kelmarin, Muda mengumumkan mempertimbang semula kedudukan dalam kerajaan perpaduan perpaduan selepas “garis merah dilanggar” susulan Presiden Umno Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes Yayasan Akalbudi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu memutuskan DNAA kepada Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku bekas peguam negara, Tommy Thomas. FMT

Muda dicabar tarik sokongan kalau betul anak jantan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker