Nga minta Syed Saddiq lebih profesional berkait kes Zahid

Nga minta Syed Saddiq lebih profesional berkait kes Zahid

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dicadang bertemu dengan pucuk pimpinan kerajaan perpaduan bagi menyatakan rasa tidak puas hati selepas mahkamah melepaskan Zahid Hamidi tanpa membebaskannya.

Naib Pengerusi DAP Nga Kor Ming, berkata perbincangan bersemuka itu lebih profesional, selain membuat kenyataan terbuka kepada media membantah perkembangan kes presiden Umno itu.



“Beliau merupakan antara Ahli Parlimen menyokong kerajaan, maka selain menerusi media beliau perlu bincang dengan pucuk pimpinan itu lebih profesional,” katanya pada sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, mengulas amaran Syed Saddiq bahawa Muda tidak akan teragak-agak menilai semula kedudukan parti itu dalam kerajaan.

Muda berkata perkembangan terkini kes itu telah “melanggar garis merah”.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.



Dalam pada itu, Nga berkata DAP juga tidak akan sesekali menarik sokongan terhadap kerajaan perpaduan susulan perkembangan kes Zahid.

“DAP rakan setia kawan dan sentiasa setia kepada perjuangan,” katanya. FMT

Nga minta Syed Saddiq lebih profesional berkait kes Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker