Jenayah mencuri meningkat, cadar, selimut masuk rak berkunci

Jenayah mencuri meningkat, cadar, selimut masuk rak berkunci

LONDON: Bukan sahaja barang keperluan tetapi selimut, cadar dan sarung bantal juga kini terpaksa disusun dalam rak berkunci ketika Britain berdepan peningkatan kes kecurian di kedai-kedai serta pasar raya.

Peralatan bilik tidur menjadi produk terbaharu dalam senarai panjang barangan isi rumah yang dikunci dengan mentega, keju, daging dan susu formula bayi semuanya ditanda pelekat keselamatan sejak tahun lalu.



Beberapa gambar tular menunjukkan peruncit kelengkapan rumah, Dunelm turut mempamerkan produknya di dalam almari berkaca yang dilengkapi kod pin dan hanya boleh dibuka oleh kakitangannya.

“Saya seakan tidak percaya apabila masuk ke dalam kedai barangan rumah untuk mencari selimut dan sarung bantal.

“Barangan tersebut kini semuanya berada di dalam almari kaca dengan pintu yang berkunci,” kata seorang pembeli, Suzie Morris kepada akhbar The Sun.

Kawalan ketat itu dibuat ketika Pejabat Perangkaan Kebangsaan mendedahkan bahawa tahap kes kecurian di premis perniagaan di sekitar England dan Wales meningkat lebih 24 peratus sepanjang tahun lalu.



Pengarah Pusat Penyelidikan Runcit, Joshua Bamfield berkata, peningkatan kes kecurian berlaku kerana rakyat Britain kini menghadapi krisis kos sara hidup yang semakin buruk.

“Kadar Inflasi dan harga barangan yang melambung tinggi menyebabkan ramai penduduk kini berada dalam keadaan susah dan terdesak.

“Jenayah runcit meningkat dengan begitu ketara sejak 12 bulan lalu.

“Situasi ini menyebabkan, pemilik kedai tiada pilihan selain meletakkan pelekat elektronik pada beberapa produk yang paling banyak dicuri dengan harapan mereka akan menghentikan kegiatan itu,” katanya. Utusan



Jenayah mencuri meningkat, cadar, selimut masuk rak berkunci

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula



Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker