PAS tak relevan di Simpang Jeram – Bekas Adun PAS

PAS tak relevan di Simpang Jeram – Bekas Adun PAS

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Sheikh Salleh menyifatkan impian PAS mahu merampas kembali kerusi berkenaan yang kini dikenali Simpang Jeram dan disandang Parti Amanah Negara (AMANAH), sebagai sia-sia.

Beliau yang berkhidmat dua penggal mewakili PAS di DUN terbabit, juga mendakwa bekas partinya sudah tidak relevan di kawasan berkenaan kerana perjuangan ‘PAS untuk semua’, yang mesra masyarakat bukan Islam kini sudah tiada selepas bekas Mursyidul Am, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.



“Dulu PAS sesuai dengan jiwa saya, masa itu perjuangan kita mesra kepada masyarakat bukan Islam, bila ada ‘PAS For All’. Itu slogan yang dapat sambutan daripada masyarakat Cina, India, luar biasa yang kita tak jangka, sangat sesuai dengan perjuangan saya.

“Bagaimanapun, apabila Tan Sri Nik Abdul Aziz meninggal, slogan itu mati. Jadi PAS yang tinggal ini sedikit ekstrem dan hari ini nampak lebih ekstrem lagi dengan macam-macam isu Melayu, agama, Raja (3R) dimainkan. Ini sudah tentulah tidak sesuai di Simpang Jeram,” katanya.

Dr Sheikh Ibrahim yang menganggotai PAS selama 36 tahun dan bertanggungjawab menubuhkan cawangan parti itu di Bakri pada 1985, berkata perkara itu jugalah yang membuatkan beliau tawar hati dengan parti berkenaan dan menyertai AMANAH sejak 2019.

Katanya, perjuangan AMANAH yang turut bermula di Simpang Jeram pada 2015, lebih sesuai dengan situasi masyarakat semasa, lebih terbuka dan lebih bersederhana sesuai dengan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’.



“Bila tak dapat sokongan Cina, isu 3R ini PAS akan main dan saya percaya selepas ini mereka akan jadi lebih ekstrem memandangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berada dalam satu gabungan yang lebih sederhana, DAP yang lebih sederhana, semua akan lebih bersederhana,” katanya.

Menurutnya lagi, hasrat PAS yang mahu melahirkan doktor kedua, iaitu kemenangan calon berlatarbelakangkan perubatan di Simpang Jeram melalui pendekatan kempen calon Perikatan Nasional (PN) merawat dan mendekati pengundi sakit, hanya gimik bagi meraih undi semata-mata.

“Ini kerana saya doktor dan anak tempatan di sini, berkhidmat di sini dari mula saya bertugas pada 1980-an hingga hari ini. Walaupun saya sudah bersara, saya doktor berkhidmat dan calon berkhidmat memberi rawatan kepada penduduk di sini sepanjang jadi ADUN.

“Calon PN ini berkhidmat semasa berkempen sahaja, beza berkhidmat semasa kempen untuk menarik pengundi. Dia pernah bertanding di sini pada 2018, kalau niat nak berkhidmat di sini, dia akan bertanding lagi pada 2022, tapi mana nampak dia punya keikhlasan, lepas kalah lari,” dakwanya.



PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon PN, BN-PH dan Bebas.

Calon PH, Nazri Abdul Rahman akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Mazri Yahya daripada PN dan calon Bebas yang juga ahli perniagaan, S Jeganathan. BH

PAS tak relevan di Simpang Jeram – Bekas Adun PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker