Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar
Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar
Pelakon Puteri Sarah Liyana menjelaskan tindakannya untuk meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena adalah untuk memberi pengajaran kepadanya.
Ketika ditemui OhBulan!, Sarah berkata, dia juga telah berbincang dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof mengenai isu tersebut. Menurut Sarah, Syamsul menyerahkan segala keputusan kepadanya.
Saya dapat tahu segala info tentang wanita berkenaan (Wiwi Darvinda) masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.
Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya.
Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul (bekas suami).
Bila saya dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.
Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya.
Jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay sahaja.
Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media teater muzikal kanak-kanak berjudul Pak Pandir dan Labu Ajaib yang berlangsung di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tambah aktres berusia 37 tahun itu lagi, dia juga telah menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail untuk menjelaskan tentang isu berkenaan.
Mama (Patimah) dan papa (Yusof) dah tahu tentang ini. Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang.
Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir. Saya juga sudah penat.
Sementara itu, disoal adakah berkemungkinan akan menarik semula saman terhadap Wiwi seperti yang pernah dilakukan terhadap Ira Kazar sebelum ini, Sarah dengan tegas menjawab kali ini dia nekad dengan pendiriannya.
Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula saman. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing. Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini.
Dalam pada itu, Sarah berkata selepas dia meluahkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, wanita berkenaan telah menghubunginya untuk berjumpa, tetapi dia enggan untuk bertemu.
Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula.
Berkongsi mengenai penglibatan dalam teater muzikal kanak-kanak berjudul Pak Pandir Dan Labu Ajaib, ibu kepada dua cahaya mata itu akui tidak sabar untuk beraksi di pentas tersebut.
Dalam teater ini, saya bawa watak antagonis bernama Ratu Sukma yang merupakan seorang nenek kebayan.
Saya baru sahaja habis drama Hijrah Jannah dimana saya turut membawakan watak antagonis. Jadi agak mudah untuk saya kekalkan momentum watak antagonis dalam teater ini.
Teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 Oktober ini turut dijayakan oleh Janna Nick, Bell Ngasri, Noreen Iman, Aya Amiruddin, Naque Ariffin dan ramai lagi.
Harga tiket sudah mula dijual dan orang ramai boleh mendapatkan di ticket2u.com.
Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar
Baca Artikel Menarik:
- Hamzah tanding Presiden dalam pemilihan Bersatu?
- PN jangan jual agama kerana nak kerusi – Johari
- Abdullah Fadzil Che Wan meninggal dunia
- Isteri Opick dihalau dari rumah
- Dua individu tebuk Tembok Besar China untuk bina jalan pintas
- Menari dalam kawasan masjid
- Khairuddin bidas PAS kini cipta naratif lain
- Pakai abaya, puluhan pelajar diarah balik rumah
- Wan Fayhsal jangan malas membaca
- Bintang Manchester United Antony kaki dera
- UMNO, sila pecat saya – Adun Rembia
- Hamad Kama Piah jalani pembedahan otak lepas terjatuh
- Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal
- Komen Anwar tentang kes Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin