Dini jangan nakal – Janna Nick

Dini jangan nakal – Janna Nick

Gelagat mesra pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menjadi perhatian ramai.

Malah Janna secara berseloroh menitipkan pesan kepada Dini dengan menyatakan ‘Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama.’



Video yang dimuatnaik di Instagram Janna turut memaparkan momen Dini menghantar isterinya yang bakal menjalani penggambaran drama selama dua minggu di Makkah.

Menerusi video ini, pasangan terbabit kelihatan seakan susah untuk berpisah serta berjauhan antara satu sama lain.

Mereka saling berpelukan dan nampak sukar untuk melepaskan satu sama lain. Janna kelihatan memegang erat lengan Dini, kemudian mereka berpelukan dan berlaga hidung sesama sendiri.

Janna turut menulis ayat “still tak nak terima kenyataan”.



Apabila mula memasuki Balai Pelepasan, dia menulis “baru start sedar hakikat, kena tinggal budak ni (suami) yang disertakan dengan emoji sedih.

Janna kelihatan turut mengesat air matanya sebelum meneruskan langkah ke terminal pelepasan.

Perkongsian ini menerima lebih 40,000 tanda suka daripada peminat dan hampir 500 komen daripada rakan-rakan artis yang mendoakan urusan Janna dipermudahkan.

Terdahulu Janna berkata, selepas lebih dua bulan berkahwin, dia akan berjauhan selama dua minggu daripada Dini kerana menjalani penggambaran drama Surat Dari Tuhan di Tanah Suci Makkah.



Dia akan berangkat ke Makkah hari ini dan secara tidak langsung pertama kali meninggalkan suaminya dalam tempoh lama di atas urusan kerja.

Selain untuk bekerja, dia juga akan menggunakan kesempatan ini untuk beribadah.

Dia mulanya bercadang untuk membawa Dini turut serta tetapi membatalkannya kerana pemergian ini atas dasar kerja dan tidak manis membawa suami. HM

Dini jangan nakal – Janna Nick



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker