Khianat Amanah! Bekas penjawat awam akan didakwa tipu Tanah Rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas penjawat awam kerana disyaki menipu sebuah agensi kerajaan negeri sehingga menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.

Sumber SPRM memaklumkan suspek lelaki berusia sekitar 60-an itu juga disyaki menipu dengan menyatakan tanah tersebut bukan Tanah Rizab Melayu.

Tanpa menyebut bila dan di mana suspek ditahan, sumber itu berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut pada 2012 sewaktu masih lagi merupakan seorang penjawat awam.



“Difahamkan keseluruhan tanah berkenaan telah dipecahkan dan dijual kepada bukan Melayu,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menurutnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker