Lelaki Niah belanja Agong, Permaisuri KFC (Video)

Lelaki Niah belanja Agong, Permaisuri KFC (Video)

Seorang lelaki yang juga kakitangan KFC sempat menghadiahkan makanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu baginda berdua melalui jalan di hadapan restoran makanan segera itu di Niah, Sarawak.

Menerusi akaun TikTok @shhezwn, lelaki itu memuat naik video memaparkan bungkusan KFC serta memberikannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya baginda menyerahkan kepada Raja Permaisuri Agong.

“Jom belanja Agong KFC di Niah, Sarawak. Tuanku ucap terima kasih,” katanya pada penerangan di video tersebut, semalam.

Dalam video itu juga, kelihatan sekumpulan pekerja KFC yang lain serta orang awam berada di situ dan Yang di-Pertuan Agong,
turut berkenan bersalaman dengan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memuji lelaki tersebut selain memaklumkan baginda menyukai KFC.

“Kesukaan Tuanku. Baginda memang suka KFC. Kalau di Semenanjung, baginda suka pergi KFC,” komen @Si Bongsu.

“Terbaik orang Sarawak. Semoga dimurahkan rezeki,” kata @Mr_AFiq.

“Wow terbaik Tuanku. Terima semua pemberian rakyat dengan senyuman. Tak perlu hadiah mahal-mahal. Hebat kamu semua,” ujar @Suzaini. K Online

[videopress TZZ5HttP]

Lelaki Niah belanja Agong, Permaisuri KFC (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker