Kongres ekonomi Bumiputera diadakan Januari 2024 – Anwar

Kongres ekonomi Bumiputera diadakan Januari 2024 – Anwar

Satu kongres ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari tahun hadapan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kongres itu diadakan bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera yang lebih adil, saksama, dan inklusif.



“Ikhtiar ini bermakna bagi memperkasa Bumiputera dan akan beranjak daripada tumpuan terhadap syarikat terpilih kepada program pengupayaan yang melibatkan lebih ramai usahawan dan lebih banyak syarikat Bumiputera berskala kecil dan sederhana.

“Ini bagi melahirkan kelas pertengahan Bumiputera yang dapat beralih daripada bergantung harap kepada gaji semata-mata kepada membina perniagaan yang meningkatkan pendapatan dan menambah nilai kepada ekonomi,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul khas bagi kelulusan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2023-2025.

Terdahulu, Anwar berkata semua perancangan dalam agenda pemerkasaan Bumiputera sebelum ini hanya memusatkan kayu ukur penyertaan Bumiputera dalam ekonomi berdasarkan pemilikan ekuiti semata-mata.



Beliau berkata selepas lima dekad, pemilikan itu masih belum mencapai sasaran 30% yang ditetapkan.

“Syarikat Bumiputera akan terus berpeluang untuk menerima manfaat sokongan pembiayaan daripada keseluruhan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada 16 agensi Bumiputera.

“Antaranya termasuk Majlis Amanah Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional, Ekuiti Nasional Berhad, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, dan Permodalan Nasional Berhad. Sokongan pembiayaan ini mencecah RM30 bilion sejak tiga Rancangan Malaysia terdahulu,” katanya. FMT

Kongres ekonomi Bumiputera diadakan Januari 2024 – Anwar



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker