Mahathir, Muhyiddin gagal lagi

Mahathir, Muhyiddin gagal lagi

Gabungan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi gagal ‘membunuh’ UMNO di Johor, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Sebaliknya, beliau melihat kejayaan dua calon Pakatan Harapan (PH) mempertahan kerusi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram Sabtu lalu sebagai kejayaan kerjasama UMNO-DAP.



“Penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan lulus. Green wave (gelombang hijau) gagal. Ia buka jalan kebangkitan semula UMNO 2.0. Ia bermula di Johor,” kata Puad menerusi hantaran di Facebook.

Kelmarin, gabungan PH-BN berjaya menyekat “gelombang hijau” daripada memasuki Johor apabila calon mereka menang bergaya di kedua-dua kerusi DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai.

Calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berjaya mengekalkan penguasaan parti itu apabila menang dengan majoriti 18,641 undi.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi manakala, Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) meraih 29,642 undi.



Calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi mendapat 528 undi.

Bagi DUN Simpang Jeram pula, calon PH, Nazri Abdul Rahman menang dengan majoriti 3,514 undi.

Nazri memperoleh undi keseluruhan 13,844 undi, mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya yang memperoleh 10,330 undi dan calon Bebas, S Jeganaathan mendapat 311 undi.

Bahkan, tambahnya, antara kunci kejayaan kemenangan calon PH-BN di Simpang Jeram dan Pulai ialah penjelasan ke akar umbi UMNO rasional berhubung kerjasama UMNO-DAP.



“Walaupun lambat tetapi ia punca pengundi UMNO keluar mengundi dan mengundi calon dari PH. Ia mesti diteruskan selepas ini,” ujarnya. MG

Mahathir, Muhyiddin gagal lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker