Kajian Separuh Penggal RMK12

Kajian Separuh Penggal RMK12

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat hari ini.

INTIPATI UTAMA: KAJIAN SEPARUH PENGGAL (KSP) RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS (RMK12)



1. KSP RMK12 bukan Kajian Separuh Penggal biasa tetapi melibatkan anjakan baharu agenda pembangunan negara Kerajaan Perpaduan selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat yang disokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Anjakan Baharu termasuk tumpuan khusus kepada:

– Menoktahkan kemiskinan tegar: RM1.5 bilion untuk program meningkatkan

– Reformasi Struktur Ekonomi kepada bidang seperti Industri Peralihan Tenaga, Industri Digital, E&E bernilai tinggi (seperti Infineon), Keterjaminan Makanan, Industri Nadir Bumi



– Menerajui Ekonomi Islam dengan tumpuan kepada halal & toyyiban serta inovasi Kewangan Islam selaras dengan prinsip Maqasid Syariah dan keadilan

– Tumpuan kepada eksport perkhidmatan seperti perkhidmatan global, industri kreatif, aeroangkasa, pelancongan

2. Kerajaan Perpaduan komited merancakkan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. Dalam RMK12 KSP, Kerajaan Perpaduan menaikkan siling RMK12 daripada RM400 bilion kepada RM415 bilion.

– Perbelanjaan Pembangunan pada awal RMK12 rendah dengan perbelanjaan hanya RM64.3 bilion tahun 2021 dan RM71.6 bilion tahun 2022. Kerajaan Perpaduan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023, 2024 dan 2025.



Keutamaan perbelanjaan Kerajaan Perpaduan adalah kepada infrastruktur asas untuk rakyat, termasuk

– Kesihatan: sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf antara tahun 2023 dan 2025, serta menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah 2, Johor dengan kos RM500 juta untuk menangani kesesakan

– Pendidikan: komitmen untuk membaik pulih sekolah daif

– Rangkaian Jalan: Sarawak-Sabah Link Road II, Pan Borneo Sabah



– Pengangkutan: pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang dan Pembangunan semula Subang; Pembangunan Pelabuhan Baharu di Pulau Carey (Klang, Selangor)

– Tenaga: menambah baik daya harap bekalan elektrik di Sabah

– Bekalan Air: menangani masalah bekalan air, terutamanya Kelantan dan Sabah

– Keterjaminan Makanan: infrastruktur kawasan sawah di MADA, Kedah RM3 bilion



– Tebatan Banjir: komitmen pelaksanaan projek tebatan banjir

– Keselamatan Sempadan: Pembangunan pengkalan tentera laut di Bintulu, perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai dan Littoral Mission Ship untuk memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

3. Anjakan Baharu dan perancangan perbelanjaan KSP RMKe-12 akan disokong oleh Pembaharuan Kemampanan, Tatakelola dan Sistem Penyampaian Kerajaan.

Pembaharuan institusi dan tatakelola termasuk:



– Pembaharuan tatakelola menumpukan kepada Perundangan Berkaitan Rasuah, Perolehan Kerajaan berlandaskan saingan atau tender terbuka – Pembaharuan Kemampanan Fiskal – sasaran defisit fisKal 3.5 peratus KDNK atau lebih baik pada tahun 2025

– Inovasi sistem penyampaian awam supaya menyegerakan pelaksanaan projek Pembangunan, menambah baik keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat

– Pendigitalan perkhidmatan yang didukung oleh Identiti Digital Nasional (IDN) dan Kerajaan Berteknologi Termaju (GovTech)

Berikut antara inti pati ucapan Perdana Menteri.

*Gagasan dalam KSP RMK12 bermatlamatkan “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi”.

*KSP RMK12 merestui usaha kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030.

*RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun.

*Kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi 2023 hingga 2025 di bawah RMK12.

*Kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12 dan menambah siling sebanyak RM15 bilion, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion.

*Peningkatan bertujuan untuk menambah keperluan bagi membiayai bidang keutamaan rakyat, memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.

*Dasar Inovasi Sosial akan dilancarkan pada November ini bagi menggalakkan daya cipta pada peringkat akar umbi.

*Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber, lantas menjamin pulangan yang maksimum buat negara.

*Kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi peneraju dalam pasaran halal antarabangsa dengan nilai eksport halal sebanyak RM63.1 bilion pada 2025.

*Malaysia akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) ke-15 di Kuala Lumpur pada Disember ini bagi mencerakinkan permasalahan dalam usaha Malaysia mempelopori peningkatan amalan sistem kewangan Islam yang syumul.

*Kerajaan sedia dana RM346 juta dalam tempoh RMK12 untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan yang tinggi.

*Kerajaan akan menyediakan RM60 juta dana pembiayaan peluang kedua kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan inovatif dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

*Kebijakan perindustrian mengikut geografi akan diberikan penekanan termasuk Projek Ladang Air Manis di Kulai, Johor dan projek Taman Biopolimer Kerteh, Terengganu.

*Kerajaan telah lulus peruntukan RM1.1 bilion untuk tempoh 2023 hingga 2025 dalam usaha memperkasa keselamatan dan memperoleh manfaat daripada potensi pembangunan ekonomi rentas sempadan.

*Kerajaan bertekad untuk merapatkan nisbah jurang pendapatan antara desa dengan bandar, daripada 0.57 pada tahun 2022 kepada 0.67 pada 2025.

*Pembangunan wilayah Sabah dan Sarawak akan terus diberikan tumpuan.

* Projek pembangunan sistem Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan naik taraf sistem bekalan elektrik di Gugusan Felda Sahabat Sabah dengan kos RM195 juta akan dilaksanakan.

* Lebih banyak projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah akan dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Setakat ini, 64 projek sedang dalam pelaksanaan di Sarawak dan 43 projek di Sabah.

* Sebuah pusat darah wilayah akan dibina di Sabah, manakala Makmal Kesihatan Awam dan Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan akan dibina di Kuching, Sarawak.

*Sejumlah RM1.5 bilion telah diluluskan untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini juga.

*Kerajaan akan memperkukuh penyediaan perlindungan sosial kepada rakyat melalui Reformasi Perlindungan Sosial yang sedang dikaji.

*Bantuan tunai dan program Rahmah akan diteruskan dan ditambah baik bagi memastikan jaringan keselamatan sosial terus ditingkatkan.

*Satu kongres ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari 2024 bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif.

*Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 berkaitan pengisytiharan pemunya manfaat sedang disemak semula bertujuan untuk memperkukuh ketelusan pemilikan saham.

*Dana wakaf akan diwujudkan menerusi kerjasama agensi berkaitan dengan Yayasan Wakaf MADANI sebagai pendekatan baharu dalam membangunkan ekonomi Islam.

*Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia akan diluncurkan dengan tumpuan untuk meningkatkan kebolehpasaran belia bagi mereka yang menganggur dan terlibat dalam sektor pekerjaan tidak formal.

*1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025.

*Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan.

* Projek rintis Perumahan Inklusif MADANI akan dibangunkan untuk golongan sasar di bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

*Peruntukan sebanyak RM40 juta disediakan kepada persatuan sukan komuniti berdaftar bagi menganjurkan acara sukan bagi memupuk perpaduan dan membina masyarakat yang aktif dan sihat.

*Langkah untuk menggalakkan wanita kekal atau kembali bekerja akan ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan dan sokongan yang diperlukan seperti penjagaan anak, insentif kewangan dan waktu bekerja fleksibel.

*Maklumat mengenai pencari kerja dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) akan disepadukan dalam portal MyFutureJobs, manakala prosedur operasi standard pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam akan ditambah baik.

*Dasar Pendidikan Digital (DPD) akan dilancarkan bagi melahirkan murid berkemahiran digital dalam era Revolusi Industri 4.0 (4IR)

*Kerajaan melalui inisiatif Akademi dalam Industri (AiI) akan menyediakan dana khusus berjumlah RM209 juta bagi membantu belia menceburkan diri dalam sektor pembuatan.

*Seramai 50,000 belia disasarkan mendapat pekerjaan berkemahiran dengan Sijil Kemahiran Malaysia pada akhir RMK12.

*Kerajaan bersetuju untuk memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan melalui perolehan aset tambahan seperti kenderaan perisai, dron, kapal misi pesisir (LMS), helikopter dan pesawat tempur ringan.

*Kerajaan akan meminda undang-undang sedia ada bagi meningkatkan keberkesanan memerangi kegiatan jenayah siber.

*Kerajaan akan menggubal undang-undang mengenai perubahan iklim bagi mengawal selia pelaksanaan kebijakan bagi memenuhi kewajipan perubahan iklim negara. BH

Kajian Separuh Penggal RMK12

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker