Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan

Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan

Oleh Ong Kian Ming

Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memilih untuk tidak sehaluan dengan kerajaan perpaduan mahupun blok pembangkang Perikatan Nasional (PN), perlu dilihat secara positif dari perspektif Kerajaan Perpaduan atas sebab-sebab berikut.



Pertama, dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selepas pemergian Syed Saddiq, kerajaan perpaduan tidak boleh lagi dijadikan tebusan oleh seorang atau dua individu untuk kelulusan mana-mana pindaan perlembagaan – seperti cadangan pindaan kepada Bahagian II Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara kewarganegaraan atau menukar bilangan kerusi parlimen yang timbul hasil daripada persempadanan semula.

Saya merujuk bukan sahaja kepada Syed Saddiq tetapi juga kepada dua ahli parlimen dari MCA, seorang ahli parlimen dari MIC, dan segelintir ahli parlimen dari parti-parti kecil di Sabah dan Sarawak, yang mungkin ingin mendapatkan habuan atau konsesi tertentu daripada perdana menteri sebagai pertukaran untuk sokongan dalam menyokong pindaan perlembagaan ini.

Sebaliknya, kerajaan perpaduan perlu mendapatkan konsensus yang meluas, baik daripada semua pihak dari dalam kerajaan perpaduan mahupun daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) mengenai perkara-perkara seperti persempadanan semula yang bermula pada 2026.

Meskipun beberapa pemimpin PN mahu pengundi di Pulai menafikan majoriti dua pertiga kepada kerajaan perpaduan untuk menghentikan mewujudkan lebih banyak kerusi parlimen dalam persempadanan semula, realitinya, PAS dan sedikit sebanyak, pemimpin Bersatu juga tidak kisah pun jika ada pertambahan kerusi parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang tidak pernah disaksikan sejak 1995.



Kedua, kehilangan majoriti dua pertiga boleh membuka pintu untuk kerajaan perpaduan supaya menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pembangkang.

Antaranya, termasuk untuk menyokong rang undang-undang kerajaan tertentu seperti Akta Pembiayaan Politik yang akan menginstitusikan peruntukan dana seimbang untuk kerajaan dan juga ahli parlimen pembangkang.

Hasil niat baik ini mungkin menyaksikan pembangkang tidak lagi membuat sebarang cubaan untuk menggantikan kerajaan menerusi cara pintu belakang atau bukan melalui pilihan raya dan juga menetapkan laluan ke arah pembaharuan yang lebih substantif yang disokong oleh kedua-dua belah pihak.

Ketiga, penjajaran baharu Muda akan menamatkan persoalan mengapa Syed Saddiq menyerang kerajaan berhubung keputusan tertentu sedangkan dia sebelum ini adalah penyokong kerajaan.



Sekarang garis politik telah dilukis, ini juga bermakna DAP tidak perlu lagi menyokong Muda seperti mana mereka menyokong Syed Saddiq di Muar semasa kempen PRU15 dan di kerusi DUN Puteri Wangsa semasa pilihan raya negeri Johor pada Januari. 2022.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Syed Saddiq dan Muda dalam usaha mereka menjadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia. Saya berharap dia dan rakan-rakannya dalam Muda dapat memainkan peranan mereka dalam menghasilkan dasar yang boleh dipercayai dan substantif tentang cara menambah baik proses kerajaan dan pentadbiran di peringkat tempatan, negeri dan Persekutuan. Mk

Tiga langkah positif Muda tinggalkan kerajaan Perpaduan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker