Bunian ajak Tom menyanyi

Bunian ajak Tom menyanyi

Penyanyi Tom mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman menyeramkan apabila didakwa pernah hilang selama beberapa hari dipercayai disorok oleh bunian.

Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Tom berkata kejadian misteri itu berlaku ketika usianya masih kecil dan ia terjadi di kampung halamannya yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.



Masa berumur tiga tahun, Saya pernah hilang beberapa hari di kampung saya di Kuala Kangsar. Keluarga cakap saya kena sorok dengan bunian.

Tak tahulah sama kisah ini betul atau tidak. Tapi apa yang saya ingat, masa tu saya berada di sebuah perkampungan, pasirnya berwarna putih bersih, rumahnya dekat-dekat antara satu sama lain dan bumbungnya bentuk segi tiga.

Rumahnya kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuninya semua perempuan dan mereka sambut dan pujuk saya yang sedang menangis ketakutan ketika itu.

Mereka semua pujuk dan dukung saya sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, saya sudah tak ingat apa-apa.



Jelas Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas keluarga dan orang kampung kecoh mengenai kehilangannya.

Yang saya sedar nenek saya tengah nangis-nangis, orang kampung hantar balik depan rumah. Cuma, yang hantar bukanlah perempuan tadi, tapi makcik dan pakcik tua di kampung.

Mereka nampak saya sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang saya dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu.

Benar atau tidak saya kena sorok dengan bunian, wallahualam. Emak saya ada juga cerita kejadian ini pada suami.
Sumber: Instagram



Bunian ajak Tom menyanyi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker