Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023

Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023

ANAK bekas pemain bola sepak legenda Singapura, Fandi Ahmad, Irfan Fandi dilaporkan sedang dilamun cinta.

Irfan yang kini bermain untuk skuad Thailand BG Pathum United didakwa menjalin cinta dengan Miss Universe Thailand 2023, Anntonia Porslid.



Dakwaan tersebut diperkuatkan dengan beberapa keping foto mesra mereka berdua yang sempat dikongsikan Anntonia menerusi laman Instagramnya.

Ini termasuklah gambar wanita berusia 26 tahun tersebut hadir menyokong salah satu perlawanan yang membabitkan pasukan Irfan.
Namun foto kemesraan mereka sudah dipadam, lapor 8Days. Warganet berpendapat gambar-gambar tersebut dipadamkan demi privasi mereka.

Malah sehingga laporan ini ditulis, baik Anntonia mahupun Irfan tidak memberi sebarang kenyataan tentang hubungan intim mereka.

Irfan, 26, sudah bermain untuk skuad Thailand BG Pathum United sejak tahun 2019. Anntonia yang merupakan seorang model berketurunan Thailand-Denmark baru dinobatkan Miss Universe Thailand 2023 Ogos lalu. Gempak



Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker