Raymond Goh meninggal dunia

Raymond Goh meninggal dunia

Pembaca berita Nightline di TV3, Raymond Goh atau nama sebenar, Muhammad Zaman Goh Abdullah, meninggal dunia di Petaling Jaya, Selangor, pagi tadi.

Berita sedih pemergian penyampai berita bersuara emas itu diumumkan keluarga Allahyarham Raymond melalui kenyataan di sini, hari ini.



Dalam kenyataan itu, isteri, Faridah Teh dan keluarga memberitahu, Allahyarham Raymond pergi dalam keadaan tenang, pagi tadi, selepas bertarung dengan kesan serangan angin ahmar.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini.

Terdahulu, penyampai berita TV3 itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di TV3.



Allahyarham berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. BH

Raymond Goh meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker