Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)

Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)

Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara di mana rakyat murah hati dan berbudi bahasa. Hal ini walau bagaimanapun membuatkan segelintir individu mengambil peluang untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah seperti meminta sedekah.

Terbaharu, situasi yang sama turut berulang melibatkan pasangan warga asing yang dipercayai dari negara Timur Tengah. Difahamkan pasangan ini sengaja mengambil peluang meminta sedekah dan segera lari apabila diketahui dirakam.

Lebih mengejutkan, situasi yang dikatakan berlaku berhampiran Suria KLCC ini turut menyaksikan wanita warga asing ini menunjukkan jari tengah tanda bengang apabila dirakam.

Perkongsian @raja_ipan menerusi TikTok ini secara tidak langsung membuatkan para netizen turut berang melihatkan tindakan pasangan ini yang seolah tidak menghormati rakyat tempatan.

Menurut para netizen, modus operandi yang sama turut dilakukan di beberapa kawasan di Melaka dan juga Johor. Diharapkan pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan agar modus operandi melibatkan warga asing ini tidak terus menular dalam negara. Vc

[videopress P5iMbCc4]

Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker