Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Hantaran dikongsikan adik penyanyi Shila Amzah menerusi TikTok mengundang perhatian dan rasa sebak warganet apabila dia meluahkan kesedihan kehilangan keluarga bahagia.

Tulis Amir Shafiq Amzah di kapsyen, manusia haruslah menghargai nikmat mempunyai keluarga bahagia yang dikurniakan oleh Allah SWT.



Menerusi hantaran itu, Shafiq telah memuat naik tiga gambar mereka sekeluarga suatu ketika dahulu sebelum berlakunya krisis yang mereka hadapi kini.

Tambahnya, memang lumrah manusia akan sentiasa diuji olehNya dan hargailah nikmat bahagia bersama keluarga yang dipinjamkan oleh Yang Maha Esa.

Allah nak tarik nikmat sekejap je. Nanti bila dah jadi seperti keluarga kami, baru anda akan menyesal. Kami juga pernah rasa bahagia sebagai sebuah keluarga.
Shafiq turut memohon agar orang ramai terus mendoakan agar keluarganya masih bersatu.

Menjengah ruangan komen, ramai warganet memberikan Shafiq kata-kata semangat dan mendoakan keluarganya tabah dengan ujian ini.



Sesetengah individu pula dilihat menasihati Shafiq agar menjaga ibunya, Fauziah Sarman dengan baik selepas apa yang berlaku terhadap keluarga mereka.
SUMBER : TikTok

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker