Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Tindakan isteri pelakon, Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Ortiz yang berani mendedahkan perlakuan wanita didakwa bekas ‘skandal’ suaminya yang dikatakan cuba meruntuhkan rumah tangga kecoh dalam TikTok, baru-baru ini.

Mendakwa tidak tahan diganggu ‘penyondol’ sejak dua tahun lalu, Nur Nilam yang juga pelakon, tampil bersuara di TikTok.



Lebih mengejutkan, Nur Nilam mendakwa individu terbabit menghantar beberapa klip video hubungan intim bersama Azlan, menjadikan kontroversi lebih ‘panas’.

Namun, ada netizen tindakan Nur Nilam diibaratkan cuba membuka aib suami sendiri.

Nur Nilam yang juga ibu kepada seorang cahaya mata mendakwa, ada sebab kenapa membuat pendedahan berani. Paling penting, dakwanya, semua itu dilakukan atas persetujuan suami.

“Dari awal perkahwinan sejak dua tahun lalu hingga sekarang, individu itu tidak sudah-sudah mengganggu saya.



“Mula-mula, dia hantar mesej langsung di Instagram (IG). Kemudian, apabila saya aktif di TikTok, dia ganggu saya di platform itu pula.

“Sehinggalah yang terbaru iaitu pada 12 Ogos lalu. Bagi saya, dia sudah terlalu melampau apabila hantar video yang menampakkan dirinya melakukan hubungan intim bersama suami saya.

“Selama ini memang saya pendam dan berdiam diri. Tetapi semakin saya diam, makin melampau pula jadinya,” katanya kepada BH Online.

Bagi Nur Nilam, apabila sudah mula hantar video yang bukan-bukan, bermakna, dia sudah melampaui batas.



“Jadi, saya perlu bersuara. Dia fikir dengan cara itu, saya akan takut dan rumah tangga kami porak-peranda….

“Tidak! Saya tak goyah dengan tindakannya itu,” katanya.

Katanya, dia berada di set penggambaran ketika video dihantar.

“Ketika itu, saya temani Azlan di lokasi. Sebagai isteri, apabila lihat video sedemikian, tentunya saya terkejut dan ada sedikit terguris.



“Tetapi saya tidak marah, menangis atau kecewa. Saya tahu itu video lama. Saya dapat lihat suami tampak kurus dalam klip video berkenaan, berbeza dengan bentuk badannya sekarang.

“Disebabkan suami sedang bekerja, saya tak mahu kacau ‘mood’ dia. Tetapi, saya beritahu, ada sesuatu yang ingin saya cakap sebaik tiba di rumah.

“Selepas selesaikan apa yang patut dan tidurkan anak, barulah saya beritahu dan tunjuk video dihantar ‘si penyondol’ itu,” katanya.

Mengulas reaksi suami ketika dedahkan rakaman video, Nur Nilam berkata, Azlan terkejut melihat reaksinya yang tenang.



“Berkali-kali dia tanya, apakah saya okay dan tidak marah. Bagi saya, buat apa hendak kisahkan perkara lama.

“Saya percaya setiap orang ada sejarah hidup sendiri. Walaupun suami pernah buat silap, macam manapun, dia tetap suami saya.

“Saya tidak akan sesekali jatuh dengan isu ‘penyondol’ walaupun itu yang dia mahukan,” katanya.

Ditanya apa motif mendedahkan kekhilafan yang pernah dilakukan suami, Nur Nilam menegaskan, apa yang dilakukan bukan mahu mengaibkan Azlan.



“Ada sebab kenapa saya buat begitu, saya tahu ‘penyondol’ itu hendak tengok saya jatuh. Tetapi saya buat begini untuk ‘reverse psychology’.

“Jika saya tidak dedahkan pasal klip video itu, saya tak tahu apa lagi tindakan ‘si penyondol’ itu?

“Mungkin dia yang terlebih dulu ambil langkah sebarkan video itu. Andai itu berlaku, ia akan lebih mengaibkan suami saya.

“Sebelum apa-apa berlaku, biar saya dedahkan sendiri. Jika perkara itu berlaku (video tersebar), sekurang-kurangnya orang sudah tahu itu adalah rakaman lama.

“Saya tahu suami saya takkan bela diri, sebaliknya dia berdiam,” katanya.

Tambah Nur Nilam, suaminya menangis dan menyesal atas apa yang berlaku.

“Dia sedar ini semua kifarah atas dosa yang dilakukan. Dia juga berharap agar apa yang berlaku kepadanya dapat jadi pengajaran kepada orang lain.

“Apa yang berlaku boleh jadi pengajaran untuk penzina bahawa Tuhan tidak tidur.

“Suami sudah berubah dan tidak pernah curang. Dia tidak pernah keluar rumah tanpa izin saya.

“Lagipun, kami urus kerjaya satu sama lain. Jadi, boleh dikatakan 24 jam kami bersama,” katanya. BH

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker