Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)

Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)

Niat murni seorang lelaki mencari rezeki halal dengan menjadi penghantar makanan (rider) terbantut apabila motosikalnya dipercayai ditahan pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Daily Trafic Report, kelihatan rider berkenaan berjalan kaki meninggalkan kawasan sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Menerusi klip video itu juga, lelaki yang masih memakai topi keledar dilihat menggalas beg milik sebuah syarikat penghantaran.

Turut kelihatan, beberapa lagi individu yang dipercayai turut ditahan dalam SJR tersebut.

“Zaman ekonomi teruk ni susah nak cakap. Apa pun min doakan moga dipermudahkan segala urusan abang tersebut,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian itu tidak menyatakan tarikh dan lokasi kejadian itu dan mengapa rider tersebut bertindak berjalan kaki meninggalkan kawasan SJR.



Susulan perkongsian itu, beberapa pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi dan komen.

“Moga diberi kelapangan rezeki dan ketenteraman hati buat abang Foodpanda. Moga digantikan dengan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang,” tulis Ruhaiza Samsudin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hamdi Mi.

“Takkan la pegawai tu tak ada budi bicara, kalau roadtax (cukai jalan) mati sekali pun, boleh je keluar surat saman. Fikir sikit kawan tu cari rezeki,” luahnya sedih. K Online



Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker