Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun

Itu andaian semata-mata, kemenangan bukti jentera UMNO Ikhlas berjuang – Abdul Halim

Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun

JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan UMNO Johor menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Setiausahanya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, perkara itu bukan lagi menjadi ukuran apabila calon kerajaan perpaduan daripada Parti Amanah Negara (Amanah) memenangi kedua-dua kerusi tersebut.



Malah, katanya, kemenangan itu membuktikan hasil usaha keras jentera UMNO yang ikhlas berjuang memenangkan calon Pakatan Harapan (PH) itu membuahkan hasil.

“Dakwaan ada ahli UMNO tidak keluar mengundi dan menyokong Perikatan Nasional (PN) adalah andaian semata-mata. Bagi kami yang bekerja di bawah ini adalah kemenangan yang diraih pada PRK ini.

“Jika dia (Isham Jalil) bercakap atas kapasiti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi tak turun membantu pun tidak ada gunanya.Yang penting kita lihat bahawa jentera bekerja keras untuk memastikan UMNO terus relevan, seterusnya kerajaan perpaduan yang diasaskan PH dan BN menjadi lebih kukuh dan dipercayai,” katanya selepas menyertai Tebrau Merdeka Ride 2023 di Felda Ulu Tebrau, di sini.

Ahad lalu, Isham mendakwa BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, mungkin disebabkan pengundi Melayu tidak keluar mengundi atau sudah mengundi PN.



Isham mendakwa undi Melayu kepada PH-BN merosot 27,000 daripada 34,000 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada 7,000 pada PRK baru-baru ini.

Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau memberitahu, kemenangan pada PRK tersebut membuktikan bahawa kerajaan BN di Johor dan kerajaan Pusat melakukan kesefahaman utuh dalam menentukan kemenangan calon daripada Amanah.

“Peratusan keluar mengundi rendah boleh dipengaruhi pelbagai faktor seperti pengundi luar tidak pulang ke kampung atau tidak menganggap PRK ini penting, namun ia tidak menjejaskan peluang PH-BN untuk menang,” katanya. Utusan

Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker