Perdana Menteri mana yang lantik Idrus Harun? Shahidan jangan ‘acah-acah’ lupa

PETALING JAYA: “Tan Sri Idrus Harun siapa lantik? Perdana Menteri kelapan atau Perdana Menteri ke-10?”

d yang terus menuntut agar usul keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi dibahaskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu kemudian mengingatkan Shahidan tidak lupa berhubung siapa Perdana Menteri yang melantik Idrus sebagai Peguam Negara.



“Baru tadi saya dalam dewan (Dewan Rakyat) dan dengar ucapan YB Arau bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

“Nak tanya YB, pada 4/9/23 Tan Sri Idrus masih Peguam Negara, siapa lantik? Perdana Menteri kelapan atau Perdana Menteri ke-10? Dah lupa ke atau buat-buat lupa?,” tanya beliau di  Twitter beliau hari ini.

Idrus dilantik sebagai Peguam Negara pada 2020 ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Terdahulu, sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat kecoh apabila beberapa ahli parlimen pembangkang bangkit mempersoal tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menolak usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk dibahaskan  semalam.



Wan Ahmad Fayhsal meminta sidang Dewan Rakyat ditangguhkan mengikut Perkara 18(1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat bagi memohon penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK12 bermula, usul itu dikemuka semula oleh Shahidan Kassim (PN-Arau) kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md. Nor.

Shahidan berkata, pihaknya hanya mahukan supaya Peguam Negara memberi penjelasan terhadap hala tuju kes berkenaan, sekali gus menolak sangkaan  seolah-olah kerajaan campur tangan dalam kes terbabit.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker