Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz

Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz

Presiden PAS Abdul Hadi Awang didakwa membuat kenyataan mengelirukan apabila mengatakan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) tiada dalam sistem kehakiman Islam.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata Hadi mendiamkan diri mengenai perkara itu apabila mahkamah memberikan DNAA kepada bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa pada 2020.



“Mungkinkah ketika itu, kitab Ustaz Hadi dalam isu ini masih belum wujud?” kata Faiz, yang secara kebetulan turut memperoleh DNAA seminggu lalu untuk pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana dakwaan melakukan serangan seksual.

Pada 5 Nov 2020, Nasharudin diberi DNAA melibatkan 16 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM321,273.80 berkaitan gajinya sebagai pengerusi Yayasan Nassar.

Semalam, Hadi mengkritik kerajaan di Parlimen berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Hadi mendakwa bahawa “tiada DNAA dalam Islam”.



Faiz berkata ini tidak benar kerana Seksyen 103(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 pun mempunyai unsur DNAA. Undang-undang itu digubal ketika Hadi menjadi menteri besar negeri itu.

Faiz yang juga seorang peguam, menjelaskan DNAA membolehkan pendakwa raya menarik balik pertuduhan apabila dipertimbangkan antara lain ketidakcukupan bukti atau perlu siasatan lanjut.

“Bukankah dalam Islam, membebaskan 10 orang bersalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah,” katanya.

Sehubungan itu, Fazil menggesa PAS supaya tidak menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.



“PAS tidak seharusnya menggunakan dalil agama mengikut rentak dan selera politik kerana ia boleh mengelirukan rakyat terutamanya orang Islam sekiranya dalil yang disandarkan tidak tepat pada tempatnya,” katanya.

Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker