Mayat makhluk asing ditemui

Mayat makhluk asing ditemui

MEXICO CITY: Dua penemuan didakwa ‘mayat makhluk bukan manusia’ ditampilkan pada sesi pendengaran luar biasa Kongres MEXICO yang julung kali menyentuh isu hidupan asing dari angkasa lepas, dengan Ahli Parlimen dimaklumkan bahawa ‘penghuni bumi tidak bersendirian’ di alam semesta ini.

Pada sesi pendengaran mengenai Fenomena Anomali Tidak Dikenali (UAP), Selasa lalu, ‘mayat’ itu diketengahkan wartawan sekian lama memberi tumpuan kepada perihal UFO, Jaime Maussan yang mendakwa ia adalah makhluk asing dari luar angkasa.



Dua ‘mayat’ kecil yang dipamerkan dalam kotak itu dilihat mempunyai tiga jari pada setiap tangan dan kepala lonjong.

“Spesimen berkenaan tiada kaitan dengan sebarang hidupan di bumi,” dakwa Maussan yang memberitahu ia ditemui berhampiran kawasan purba Nazca Lines di Peru pada 2017.

Katanya, ‘mayat’ terbabit berusia kira-kira 1,000 tahun berdasarkan hasil analisis oleh Universiti Autonomi Kebangsaan (UNAM) di Mexico.



Beliau berkata, ia adalah kali pertama bukti seumpama itu dikemukakan.

“Saya berpandangan bahawa ia jelas adalah spesimen bukan manusia dan tidak berkait dengan sebarang spesies lain di dunia kita. Semua kemungkinan adalah terbuka untuk siasatan oleh mana-mana institusi saintifik. Kita tidak bersendirian,” katanya.

Sementara itu Pengarah Institut Saintifik untuk Kesihatan, Tentera Laut Mexico, Jose de Jesus Zalce Benitez, berkata pemeriksaan sinar-X, konstruksi semula secara tiga dimensi (3D) dan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) telah dilakukan ke atas hasil penemuan terbabit.

“Saya boleh mengesahkan bahawa mayat-mayat ini tidak mempunyai kaitan dengan manusia,” katanya.



UNAM hari ini menerbitkan semula kenyataan yang kali pertama dikeluarkan pada 2017, dengan memaklumkan bahawa kerja dilaksanakan National Laboratory of Mass Spectrometry with Accelerators (LEMA) itu hanya bertujuan menentukan usia sampel terbabit.

“Kami tidak membuat kesimpulan mengenai asal usul sampel berkenaan,” menurut kenyataan itu. BH

Mayat makhluk asing ditemui

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker