Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi

Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi

“Sudah empat bulan saya tidak bertemu dengan anak kedua. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada Aidilfitri lalu.”

Demikian luahan Suzursofia Smeth Jaya, 32, yang juga bekas menantu jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.



Bekas isteri kepada anak sulung Zainal Abidin, Mohd Zaiza, 37, itu berkata, dia seolah-olah dinafikan untuk bertemu dengan anak keduanya, Seri Zayana yang berusia dua tahun.

“Saya hendak sangat berjumpa anak, tetapi mereka minta saya ambil sendiri anak di rumah mertua. Saya takkan jejakkan kaki ke rumah itu lagi.

“Kenapa tidak menghantar anak ke rumah saya. Ke mana saya hendak bawa anak pergi. Saya masih lagi bekerja sebagai pramugari.

“Saya hanya mahu bermalam dan berjumpa anak-anak ketika saya cuti. Saya takkan kacau rutin harian anak. Lagipun, anak sulung Muhammad Zaynedine Sulaiman yang berusia enam tahun masih bersekolah.



“Kenapa hendak menggunakan anak untuk seksa mental saya. Mereka kena faham bahawa hak penjagaan anak belum jatuh (diputuskan) kepada sesiapa lagi,” dakwanya.

Suzursofia berkata demikian ketika ditemui selepas hadir di Mahkamah Majistret Sepang pagi ini berhubung kes dipukul bekas suaminya pada Februari lalu.

Terdahulu, Mohd. Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul Suzursofia di sebuah pangsapuri di Cyberjaya. Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Dalam pada itu, Suzursofia memberitahu, peguamnya kini membalas afidavit dengan peguam Mohd. Zaiza bagi pengurusan hadhanah anak-anaknya. K Online



Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker