Zaiza Zainal Abidin mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri

Zaiza Zainal Abidin mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri

Anak sulung bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memukul bekas isterinya pada Februari lalu.

Tertuduh, Mohd Zaiza, 37, yang juga bekas pemain bola sepak PKNS itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap mangsa yang ketika itu masih bergelar isterinya yang sah.



Kesalahan itu dilakukan terhadap mangsa, Suzursofia Smeth Jaya, 32, bertempat di Skypark Residence, Jalan Teknokrat 1, Cyberjaya dekat sini pada malam 25 Februari lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, Mohd. Zaiza mengangguk faham atas pertuduhan tersebut dan mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan.

Muhammad Bukhori membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes tersebut selesai.

Muhammad Bukhori menetapkan tarikh 26 Oktober ini untuk sebutan semula kes.



Mohd. Zaiza dan Suzursofia sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang pada 14 Jun lalu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2. K Online

Zaiza Zainal Abidin mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker