Tajuddin, Bung dipanggil menghadap PAC

Tajuddin, Bung dipanggil menghadap PAC

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas pengerusi Felcra Bhd Tajuddin Abdul Rahman dan Bung Moktar Radin bagi membantu siasatan terhadap pengurusan syarikat kerajaan persekutuan itu.

Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata bekas Ahli Parlimen Pasir Salak dan Ahli Parlimen Kinabatangan itu akan memberi keterangan Isnin depan.



“Dua bekas pengerusi Felcra ini akan memberi keterangan dan penjelasan berhubung isu pengurusan Felcra yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat PAC di Parlimen.

Beliau berkata, PAC sudah mengadakan tiga prosiding berkenaan isu itu iaitu pada 27 Jun, 6 Julai dan terbaharu pada 23 Ogos.

Pada Februari, Felcra dilaporkan gagal menjelaskan tunggakan hutang berjumlah RM312.22 juta pada 2021, meningkat daripada RM82 juta tahun sebelumnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata PAC turut menggesa kerajaan mempercepatkan proses menyahklasifikasi Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek tukar tanah Kementerian Pertahanan.



“Jika proses menyahklasifikasi laporan itu dipercepatkan maka PAC akan dapat meneliti semula laporan berkenaan memandangkan kerajaan kerugian lebih RM500 juta selain kedudukan strategik pertahanan terjejas.

“Selepas laporan JKSTUPKK Tukar Tanah ini dinyahklasifikasi, PAC akan memulakan prosiding berhubung isu ini bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Katanya, beliau telah memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada Jun lalu dan hanya mendapat jawapan perkara itu akan disemak Jabatan Peguam Negara.

Namun, sehingga kini tiada sebarang perkembangan baharu. FMT



Tajuddin, Bung dipanggil menghadap PAC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker