Malaysia boleh laksana skim pencen universal guna hasil cukai

Malaysia boleh laksana skim pencen universal guna hasil cukai

Malaysia boleh melaksanakan skim pencen universal dibiayai hasil kutipan cukai yang dilihat berupaya menjamin rakyat di negara ini mempunyai pendapatan minimum ketika sudah tua, demikian menurut pakar.

Pakar Kanan Dasar Sosial Development Pathways Ltd, Dr Stephen Kidd, berkata pencen universal bermaksud rakyat yang mencecah usia persaraan menerima pencen pada jumlah yang saksama untuk semua orang.



Beliau berkata, banyak negara di Asia telah melaksanakan sistem berkenaan, namun Malaysia agak ketinggalan dalam soal itu.

Katanya, dalam menentukan jumlah pencen yang saksama, ia bergantung kepada kesediaan rakyat untuk membayar cukai pada kadar yang ditetapkan.

“Pencen universal membolehkan rakyat mendapat pencen apabila mereka mencecah usia persaraan yang dipersetujui seperti 60 tahun, 65 tahun atau 70 tahun.

“Jumlahnya adalah saksama untuk semua dan ia menjamin sesiapa saja mempunyai pendapatan minimum apabila sudah tua,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis, hari ini.



Mengulas lanjut, Kidd berkata, terdapat peluang yang cerah kepada ahli politik progresif untuk mengubah Malaysia dengan memperkenalkan dasar popular dan bagus seperti pencen universal memandangkan ia memanfaat sesiapa saja.

Beliau berkata, langkah melaksanakan pencen universal itu bukan langkah populis, sebaliknya ia adalah langkah sebenar dalam membantu rakyat menikmati kehidupan persaraan yang lebih baik dan bermaruah.

“Sesungguhnya, dasar yang baik akan memanfaatkan rakyat menerusi agihan kekayaan yang saksama dan adil,” katanya.

Mengenai cadangan menaikkan umur persaraan kepada 66 tahun di Malaysia, Kidd berkata, Malaysia yang sedang menuju negara menua, sudah pasti langkah menaikkan umur persaraan perlu dilaksanakan.



Baginya, menaikkan umur persaraan bukan isu kepada mereka yang sudah berumur, sebaliknya mungkin dihargai mereka yang sudah berumur memandangkan mereka boleh kekal menyimpan untuk persaraan bagi menikmati jumlah pencen yang tinggi.

Antara negara yang telah melaksanakan skim pencen universal adalah United Kingdom (UK).

Cadangan melaksanakan skim itu di Malaysia adalah berikutan laporan ketidakcukupan simpanan bagi sebahagian besar rakyat apabila mencapai usia persaraan.

Perangkaan terkini mendapati hanya 30 peratus ahli rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang aktif setakat Mei 2023 mempunyai simpanan persaraan menepati penanda aras simpanan asas mengikut umur.



Penanda aras yang digunakan pengurus dana persaraan itu bagi menentukan simpanan asas dicapai mengikut umur ialah RM240,000, yang menjadi paras sasaran apabila mencapai umur 55 tahun.

Jumlah paras simpanan asas itu diterjemahkan kepada RM1,000 sebulan dalam tempoh 20 tahun persaraan.

KWSP kini sedang berusaha untuk melaksanakan strategi jangka panjang mewujudkan impak positif dan memupuk kesejahteraan, terutamanya dalam kalangan warga emas. BH

Malaysia boleh laksana skim pencen universal guna hasil cukai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker