Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen

Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen

Datuk Seri Najib Razak meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa memo dalaman yang bocor membabitkan tuduhan enam pecah amanah dihadapinya benar-benar wujud dan kandungannya adalah tulen.

Memo setebal 12 muka surat yang tersebar di media sosial itu menyatakan, penilaian mendapati bukti dalam kes terbabit ‘sangat tidak mencukupi’ untuk membuktikan wujudnya kes prima facie bagi enam tuduhan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.



Memo itu dikatakan dihantar Ketua Pendakwa Raya dalam kes itu, Datuk Jamil Aripin kepada Tan Sri Tommy Thomas, iaitu Peguam Negara ketika itu.

Dalam prosiding sebutan kes itu hari ini, Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, memo itu menyatakan bahawa Jamil, yang mengetuai pasukan pendakwaan bersama tujuh timbalan pendakwa raya dan lima pegawai penyiasat, sebulat suara mengambil pendirian bahawa tuduhan itu tidak boleh dipertahankan.

Menurut Muhammad Shafee, pasukan pendakwaan menyatakan pertuduhan terbabit tidak seharusnya dikemukakan dari mula lagi kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum bagi kesalahan pecah amanah dan untuk mewujudkan kes prima facie.

“Itu adalah pendapat yang sangat buruk terhadap pihak pendakwaan untuk meneruskan dengan tuduhan ini, oleh itu bagi membuktikan pembelaan kami, kami meminta pendakwaan mengambil pendirian sama ada dokumen yang bocor ini adalah benar-benar wujud dan tulen.



“Memo ini menjadi relevan kerana hujahan kami adalah kes ini secara terang-terangan satu penyalahgunaan proses mahkamah dan pendakwaan politik, terutama sekali apabila Tommy sendiri mengakui bahawa beliau adalah lantikan politik.

Bagaimanapun, peguam bela Mohd Irwan, Datuk K Kumaraendran berkata adalah tidak sesuai bagi semua pihak untuk membangkitkan mengenai perkara berkenaan pada peringkat ini.

Beliau kemudian mencadangkan supaya semua Individu yang dinyatakan dalam memo itu dimasukkan dalam senarai saksi.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berkata pihaknya tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit.



Katanya, pendakwaan akan menyerahkan semua pernyataan saksi dan senarai saksi kepada pembelaan 14 hari sebelum perbicaraan bermula. BH

Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker