Anggota JPJ tertonggeng dirempuh penunggang motosikal disenarai hitam [VIDEO]

Penunggang motosikal yang merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini didapati masih memiliki dua senarai hitam aktif.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan memaklumkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR berumur 25 tahun itu telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana lesen kenderaan tamat tempoh pada 18 Julai 2012, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten manakala motosikalnya disita.

“Satu laporan polis telah dilakukan dan penunggang motosikal tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” menurut kenyataan itu.



Tular video berdurasi lima saat memaparkan seorang anggota JPJ dirempuh suspek, yang dipercayai cuba melarikan diri, ketika bertugas dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson pada kira-kira 11 pagi sehingga menyebabkan mangsa terpelanting dan kepalanya terhantuk.

Difahamkan anggota JPJ itu telah mendapat rawatan di Hospital Port Dickson dan berdasarkan keputusan imbasan Sinar X, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius serta dibenarkan pulang oleh pihak hospital.

Kenyataan itu menyebut JPJ telah melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 selama sebulan dari 1 hingga 30 Sept di seluruh negara dengan objektif memperkukuh pembudayaan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melanggar peraturan keselamatan jalan raya di bawah APJ 1987.

 



View this post on Instagram

 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

“Justeru JPJ menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan operasi SJR yang dilakukan oleh JPJ.



“JPJ juga menyeru orang awam untuk melaporkan kesalahan lalu lintas secara terus atau masa nyata menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel kepada [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed pula berkata lelaki itu turut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

Beliau berkata semakan pihaknya mendapati suspek memiliki lapan rekod membabitkan kes jenayah dan dadah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson esok untuk proses tahanan reman,” menurutnya dalam kenyataan berasingan hari ini.



– Bernama

Penunggang motosikal rempuh anggota JPJ ada dua senarai hitam aktif

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker