Remaja mandi jenazah dipenjarakan sebab ini

Sebaran :

Remaja mandi jenazah dipenjarakan sebab ini

SEORANG remaja yang tular selepas dimandikan seperti mana prosedur mandi jenazah dan dikenakan hukuman penjara 10 hari serta denda RM4,000 sebenarnya mencuri tabung masjid untuk membeli dadah.

Remaja berkenaan yang mendapat simpati warga net kerana mencuri dana tabung masjid kononnya mahu beli ubat datuknya juga mahu menggunakan hasil curi itu untuk bermain judi dalam talian.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar seperti dilapor Sinar Harian.



Menurut Shafa’aton, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun telah terlibat dengan najis dadah kira-kira setahun lalu.

“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel berkaitan: Curi tabung masjid: Selepas video dimandi ditular, remaja dijel 10 hari, denda RM4,000



Media sebelum ini melaporkan, seorang remaja dimandikan seperti jenazah selepas ditangkap cuba mencuri duit tabung masjid.

Video berdurasi seminit 25 saat tular di media sosial, telah dikongsikan pengguna Twitter, dengan memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dan dimandikan oleh pihak masjid sambil diperhatikan penduduk kampung.

Semalam, remaja yang tinggal bersama datuknya selepas ibu bapanya bercerai sejak usianya kanak-kanak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang.

Tertuduh, Daniel Iskandar, 19, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan.



Kebanyakan pengguna media sosial melahirkan rasa simpati terhadap remaja terbabit selepas laporan mengatakan dia memerlukan wang untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis. Utv

Remaja mandi jenazah dipenjarakan sebab ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.