ASB Tidak Diwajibkan Zakat?

ASB Tidak Diwajibkan Zakat?

Semua orang tahu bahawa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan, harus bagi seseorang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional (ASB/ASN) atas sebab-sebab tertentu. Antaranya untuk kemaslahatan umat Islam di negara ini.

Justeru, berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa berkenaan, maka sesiapa yang mempunyai nilai saham yang bersamaan nilainya sebanyak RM12,225, wajib bagi mereka mengeluarkan zakat. Oleh itu, pengiraan zakat ASB adalah mengikut zakat wang simpanan, iaitu sebanyak 2.5% daripada nilainya.Contohnya, RM40,000 (Jumlah simpanan di ASB) x 2.5% = RM1000

Tetapi sekiranya pelaburan ASB tersebut dibuat melalui pinjaman yang menetapkan syarat pelabur tidak boleh mengeluarkannya sehingga pinjaman dibayar penuh, maka zakat tidak dikenakan. Ia dikira sebagai harta yang tidak mempunyai pemilikan yang sempurna kerana tidak bebas bertasarruf untuk membuat pengeluaran.

Pun begitu apabila pinjaman tersebut langsai dibayar dan peminjam memperoleh atau memiliki wang tersebut sepenuhnya, maka mereka perlu mengeluarkan zakat apabila cukup haulnya. Apa pun menurut Mohd Dziyaulhak Hashim, Eksekutif Zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pelabur atau pemilik akaun simpanan ASB, digalakkan untuk menunaikan kewajipan berzakat, sejurus selepas menerima wang tanpa menunggu cukupnya haul.

Dalam pada itu, Mohd Dziyaulhak sempat mengingatkan orang ramai yang diwajibkan ke atasnya membayar zakar agar segera berbuat sedemikian kerana dalam kitab Mastika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri menyatakan, haram hukumnya jika seseorang itu sengaja melambat-lambatkan pengeluaran zakat.

Bahkan wajib hukumnya mengeluarkan zakat tersebut dengan serta merta sebaik sahaja sampai waktu, melainkan ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielak, maka diharuskan melambatkannya sehingga ia berkesempatan membayarnya.

Setiap masyarakat perlu ada kesedaran akan kepentingan dan kesan membayar zakat seperti yang dicatatkan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud

“Tidaklah seorang hamba berada pada suatu hari melainkan akan turun dua malaikat yang salah satunya mengucapkan (doa), “Ya, Allah berilah orang-orang yang berinfaq itu balasan”, dan malaikat yang lain mengucapkan (doa), “Ya, Allah berilah pada orang yang bakhil/kikir kebinasaan (hartanya).” (HR Bukhari dan Muslim).

ASB Tidak Diwajibkan Zakat?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker