Nur Batrisya sertai festival catur antarabangsa atas pembiayaan sendiri

Nur Batrisya sertai festival catur antarabangsa atas pembiayaan sendiri

Seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Convent Kajang kini membawa Jalur Gemilang dan nama Malaysia menyertai Festival Catur Antarabangsa ke-20 di Prague, Republik Czech bagi mengumpul “rating” untuk membolehkannya menyertai kejohanan yang lebih berprestij dalam sukan itu.

Nur Batrisya Wafa Mohsen, 17, sudah seminggu bertarung catur dengan lawan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dalam pertandingan yang bermula 7 Jan lepas dan akan berakhir Jumaat ini.



Bapa kepada “duta kecil” negara itu, Mohsen Amdan, 44, memberitahu bahawa anak sulungnya itu berangkat ke Prague dengan ditemani isterinya, Wan Fatahhiyah Remli, 42, atas biaya sendiri.

“Saya dan isteri usahakan dana sendiri untuk galakan dan bagi memberikan pendedahan serta pengalaman kepada Batrisya beraksi di luar negara. Batrisya juga perlu kumpul dan jaga ‘rating’ dia.

“Semakin tinggi ‘rating’, semakin tinggi tahap kejohanan yang dia boleh sertai. Contohnya untuk wakil negara ke Sukan SEA, ‘rating’ kena tinggi, baru layak untuk pemilihan lebih besar,” katanya.

Mohsen berkata, hanya pemain yang mempunyai “rating” tinggi sahaja layak menyertai kejohanan yang berprestij dan dalam catur kejohanan paling berprestij adalah Kejohanan Catur Dunia.



Nur Batrisya Wafa Mohsen membuat catatan ketika bertanding pada Festival Catur Antarabangsa ke-20 di Prague, yang bermula 7 Jan lalu dan berakhir Jumaat ini.

“Macam bola sepak Piala Dunia. Batrisya kena sertai banyak kejohanan untuk kumpul ‘rating’ yang tinggi,” katanya.

Mohsen berkata, Batrisya dan empat lagi adiknya seringkali menyertai kejohanan catur secara dalam talian untuk mengumpul markah bagi mendapat ‘rating’ yang lebih tinggi.

Selain itu, Batrisya banyak memenangi kejohanan catur tempatan dan terbaharu dia muncul naib kohan Kategori bawah 18 tahun pada Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor 2021.



“Batrisya ke Prague untuk dua kejohanan. Sekarang dia bermain dalam kumpulan The Hacker Checker bagi kategori terbuka. Selesai kejohanan itu, dia dan ibunya akan ke daerah lain tapi masih di Republik Czech untuk sertai satu lagi kejohanan catur,” jelas Mohsen.

Batrisya yang juga penerima biasiswa sukan di sekolahnya tergolong dalam kategori mahir apabila mengumpul “rating” empat angka.

“Sebelum ke Prague, ‘rating’ Batrisya dalam 1,200. Sekarang saya tak pasti berapa dah. Beri dia masa,” ujar Mohsen.

Bercerita lanjut, Mohsen berkata, minat anaknya dikesan sejak berumur 10 tahun dan semakin berkembang selepas guru besar di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Selangor, menyediakan khidmat jurulatih untuk mengasah bakat bermain catur murid-murid di sekolahnya.



Selepas tamat sekolah rendah, Mohsen dan isteri mengupah jurulatih persendirian untuk Batrisya dan adik-adiknya meneruskan latihan dalam sukan berkenaan.

Kini, Batrisya mula berjinak dalam dunia kejurulatihan, mengajar remaja dan kanak-kanak yang berminat dengan sukan itu.

“Bukan sahaja Batrisya, semua lima anak saya suka main catur. Dua adik Batrisya, Nur Basyira Wafa, 15, dan Mohd Evan Mikail, 11, juga pernah beraksi di Thailand. Ketika itu Batrisya tidak sertai kejohanan itu sebab dia ada peperiksaan,” katanya.

Namun masa depan Batrisya, empat adiknya dan ramai lagi pemain catur amatur mahupun profesional di negara ini masih samar selepas sukan ini tidak dikategorikan sebagai sukan berprestasi tinggi, sekali gus menidakkan mereka daripada menerima sebarang peruntukan kerajaan.



“Kos yang terpaksa kami tanggung, memang sangat banyak. Nak buat macam mana sukan catur bukan sukan prestasi tinggi. Kami kena usaha sendiri,” keluh Mohsen. FMT

Nur Batrisya sertai festival catur antarabangsa atas pembiayaan sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker