Tengku Ahmad Tajudin belum mahu bersara
Tengku Ahmad Tajudin belum mahu bersara

Kuantan: Kebanyakan rakan seangkatannya sudah mengucapkan ‘selamat tinggal hoki’, namun bekas penyerang skuad hoki kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil tetap bersemangat beraksi dalam kancah Liga Hoki Malaysia (MHL)-TNB 2026.
Kepuasan beraksi di pentas kebangsaan begitu menebal buat pemain kelahiran Kangar, Perlis itu yang kini berjuang memburu kejayaan bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pada usia 40 tahun, dia dilihat masih bertenaga dan bersemangat bersaing dengan barisan pemain muda walaupun ada ketikanya kelihatan mengah ketika membuat lari pantas.
Bagaimanapun, pengalaman luas dan kemahiran tinggi dimiliki menjadi senjata untuk merobek kubu lawan.
Menurut Tengku Ahmad Tajuddin, dia akan terus beraksi di pentas kebangsaan selagi termampu dan diperlukan oleh mana-mana pasukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
“Usia bukan penghalang untuk saya bersara dan meninggalkan sukan hoki yang diminati.
“Bersama pasukan ATM musim ini, keserasian dan persefahaman menjadi halangan dan paling mencabar, selain faktor usia untuk bersaing dengan pasukan lawan yang membariskan ramai pemain muda selain pemain import.
“Cabaran lain apabila saya perlu selarikan prestasi dengan rakan sepasukan kerana pemain ATM memiliki fizikal dan kecergasan tinggi,” katanya.
Tengku Ahmad Tajudin belum mahu bersara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
You must be logged in to post a comment.