Arif-Roy King tiada masalah lolos ke separuh akhir
Arif-Roy King tiada masalah lolos ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King menjadi wakil pertama negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Masters Malaysia 2026 selepas menewaskan pasangan Amerika Syarikat (AS), Chen Zhi Yi-Presley Smith di suku akhir, sebentar tadi.
Pada peringkat lapan terbaik hari ini, Arif-Roy King yang turun selaku pilihan kelima kejohanan mempamerkan corak permainan cukup baik sepanjang perlawanan untuk menang straight set 21-15, 21-19 dalam masa 33 minit.
Di awal set pertama, kedua-dua pasangan dilihat saling berkejaran mata namun memasuki pertengahan permainan, beregu ke-16 dunia itu mula menjarakkan kedudukan sebelum mengesahkan kemenangan untuk membawa kelebihan di set seterusnya.
Namun, Zhi Yi-Presley mengubah corak permainan di set kedua dan berjaya mendahului seketika sebelum Arif-Roy King bangkit untuk menyamakan kedudukan 16-16, sekali gus menafikan lawan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.
Kemenangan ini juga menyaksikan kali terakhir Arif-Roy King mara ke separuh akhir adalah ketika saingan Masters Kumamoto di Jepun pada November tahun lalu.
Menanti mereka di separuh akhir nanti sama ada pilihan keenam dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard atau pilihan kedua dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.
Arif-Roy King tiada masalah lolos ke separuh akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
You must be logged in to post a comment.