Arteta ‘layan’ bakar barbeku ketika Arsenal sah juara EPL
Arteta ‘layan’ bakar barbeku ketika Arsenal sah juara EPL

London: Mikel Arteta mendedahkan beliau bersendirian di rumah sambil membakar barbeku ketika Arsenal menamatkan penantian 22 tahun untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu ini.
Keputusan seri 1-1 Manchester City di Bournemouth awal pagi Rabu lalu mengesahkan Arsenal sebagai juara England buat kali pertama sejak 2004.
Arteta menyifatkan kejayaan memenangi trofi liga selepas enam setengah tahun mengendalikan The Gunners sebagai antara detik terbaik dalam hidupnya.
“Ini antara perasaan terbaik yang pernah saya alami,” kata Arteta.
Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu mengakui beliau langsung tidak menonton aksi membabitkan pencabar terdekat mereka, City di Stadium Vitality.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
“Saya sepatutnya berada di sini (pusat latihan), menonton perlawanan bersama pemain dan staf kerana itu yang mereka mahukan, tetapi saya tidak mampu melakukannya.
“Kira-kira 20 minit sebelum perlawanan bermula, saya memilih untuk pulang. Saya rasa saya tidak dapat membawa tenaga yang sepatutnya dan akhirnya itu juga momen mereka untuk bersama-sama menyaksikan keputusan perlawanan.
“Saya pulang ke rumah, keluar ke taman dan mula menyalakan api untuk membakar barbeku. Saya tidak menonton langsung perlawanan itu. Saya cuma dengar bunyi dari ruang tamu dan tiba-tiba magis berlaku.
“Anak sulung saya membuka pintu taman, berlari ke arah saya sambil menangis dan memeluk saya sebelum berkata ‘kita juara, ayah’,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
Arteta menyifatkan detik itu sebagai sesuatu yang cukup magis.
The Gunners yang kini mendahului City dengan kelebihan empat mata akan menutup kempen liga menentang Crystal Palace, Ahad ini.
Mereka turut berpeluang melengkapkan musim gemilang dengan dua trofi sekiranya menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) pada final Liga Juara-Juara di Budapest, 30 Mei ini.
Arteta ‘layan’ bakar barbeku ketika Arsenal sah juara EPL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
You must be logged in to post a comment.