Irfan, Chen Jie penerima insentif tertinggi atlet NS
Irfan, Chen Jie penerima insentif tertinggi atlet NS

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penyampaian insentif itu sebagai suatu pengiktirafan terhadap perjuangan dan pengorbanan atlet terbabit selain cita-cita besar kerajaan negeri untuk membina masa depan sukan yang lebih gemilang.
Beliau berharap insentif berkenaan dapat memberikan motivasi dan semangat buat semua atlet dari Negeri Sembilan untuk terus mencipta kejayaan cemerlang di pentas antarabangsa pada masa hadapan.
“Kerajaan negeri sedar bahawa kejayaan mereka ini bukan hanya tentang pingat emas, perak atau gangsa tetapi disebalik itu ada kisah perjuangan yang tidak semua orang nampak.
“Ada atlet yang berlatih ketika rakan-rakan lain sedang berehat dan ada yang menahan kesakitan demi meneruskan perjuangan.
“Tidak kurang juga keluarga yang sanggup berkorban wang, masa dan tenaga demi memastikan impian anak mereka tidak terhenti di tengah jalan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Atlet Pemenang Pingat Sukan Sea dan Para Asean 2026 di Thailand, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
Pada majlis sama, beliau turut menyalurkan RM2,000 kepada 48 persatuan sukan di Negeri Sembilan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM99,000.
Irfan, Chen Jie penerima insentif tertinggi atlet NS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.